Kamis, 13 November 2008

Oh Bahasa Melayu!

Semalam dalam TV arus perdana Pengarah Pelajaran dan juga Menteri Pelajaran dengan penuh yakinnya menyatakan bahasa penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan Sains tidak gagal. Bermakna kementerian dan kerajaan merasakan bahawa berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR tersebut, mungkin kerajaan akan meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik..

Soalnya isu pencapaian pelajaran bila dikaitkan dengan penggunaan bahasa tidak timbul. Mungkin ada sebahagian pelajar akan mengalami masaalah penguasaan bahasa, menyebabkan gagal dalam peperiksaan, tetapi ini bukan faktor utama kepada rungutan dan penentangan ahli bahasa terhadap dasar tersebut. Menurut ahli psikologi kanak-kanak akan menguasai apa juga bahasa kalau diajar secara betul. Maksudnya kalau kementerian Pelajaran kita berpendapat bahawa kita patut belajar bahasa Mandarin sejak di sekolah rendah lagi, mungkin selepas enam tahun kemudian di sambung 5 tahun lagi di Sekolah Menengah, saya percaya anak-anak kita akan dapat menguasai bahasa Mandarin. Tidak ada masaalah kepada mereka untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran apa pun hatta mata pelajaran Sains dan Matematik. Inilah yang berlaku kepada pelajar Cina dan India. Selepas mereka mengikuti system pembelajaran di Sekolah Menengah selama 6 tahun (Termasuk setahu di peralihan), akhirnya kebenyakan mereka adalah menjadi pelajar yang berajaya dalam peperiksaan SPM ataupun STPM. Sedangkan mereka sebelum ini selama 6 tahun belajar semua subjek dalam bahasa ibunda mereka.

Soalnya di sini ialah ‘Bahasa Melayu’ itu sendiri. Kita ingin melihat bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa komunikasi, tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Dengan penggunaan bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik sebenarnya kita telah mengangangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sama taraf dengan bahasa Inggeris. Sejak kita menggunakan bahasa Melayu hingga ke peringkat Universiti, kita dapati banyak buku-buku Sains, matematik dan teknologi telah diterbitkan. Selian itu ada juga buku-buku ilmu yang berkaitan sains dan teknologi telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Sudah tentu hal ini akan memperkayakan lagi bahasa Melayu kita. Saya khuatir jika kita terus menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berorentasikan ilmu ini, akhirnya yang ada dalam bahasa Melayu cuma buku-buku cerita yang dangkal seeprti yang berlaku dalam tahun enam puluhan dulu.

3 komentar:

bahazain mengatakan...

Assalamualaikum
Saya gembira membaca pandangan tuan tentang isu bahasa ini. Ramai orang yang keliru antara soal menjawab soalan perperiksaan dengan soal masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi negara. Baguslah kalau masalah ini diperkatakan selalu dan disebarkan di kalangan bangsa Melayu sendiri yg dikelirukan oleh Menteri kerajaan.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Assalamualaikum Datuk,
Saya juga mengagumi perjuangan Datuk dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Tahniah Datuk. Saya bangga dengan usaha Datuk selama ini.

Citra Delima mengatakan...

Assalam Mualaikum Tuan Haji. Saya terpanggil oleh tulisan Haji yang memperjuangkan Bahasa Melayu. Saya setuju melebihi seratus peratus supaya kerjaan membatal terus soal penggunaan bahasa penjajah dalam mata pelajaran disekolah rendah. Kalau hendak pun memadai di gunakan sepenohnya pada mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan seni atau yang kaitan dengan pertuturan dalam bahasa itu. Takniah atas kesedaran ini. Wahai Pak Menteri bacalah pandangan orang tua ini dan bertindaklah sebelum anak anak kita tidak mengerti langsung satu hari nanti bertutur dalam bahasa ibunda nya sendiri.