Jumat, 05 Februari 2010

Politik ‘Hujan’.

(Hujah Untuk Jaminan Akhir N(anti).

Agak sudah lama hujan tidak turun padang. Khutbah Khatib juga menyentuh tentang SKTB (Sesal Kemudian Tidak Berguna). Kalungan-kalungan sesal pada saat-saat terakhir hanya merugikan kita. Ketika membuka dan membaca ‘Buku Suratan’ barulah kita sedar bahawa dunia tempat kita bercucuk tanam ibadah ini, tidak akan mengundang kita untuk kali kedua.

Tiba-tiba ‘hujan’ kembali turun padang dengan menghantar guntur amaran dan angin ikhsannya. Ada perkhabaran tentang seseorang yang masih dalam neraca awan hitam. Tentera ‘hujan’ memakai baju simpatinya. Kadang-kadang menaburkan basah kemakmuran yang palsu. Kadang-kadang menghantar banjir kilat peruntukan.

Politik ‘Hujan’ memilih lembah yang sekian lama kering simpati. Membawa bersamanya lagu-lagu leka untuk dijaja. Satu tadahan untuk kita semua. Minum air fahaman yang sama. Mandi di sungai yang sama tetapi memakai baju yang berbeza. Menyanyi rentak hujan yang sama, tetapi menggunakan bahasa yang berbeza.

Politik ‘Hujan’ tidak ada bahtera yang menanti untuk dilepaskan ke samudera kerana langit dan laut tidak pernah bertemu. Di horizon politik Melayu cuma ada satu garis yang memisahkan, iaitu ‘SENGKETA’.

Terlanjur hujan, marilah sama-sama kita mandi politik.

3 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

tn.hj. yang dihormati.
tempias membasahi meja makan kita.

Citra Delima mengatakan...

Tuan Hj
Hujah yang sungguh tepat dan lebat. Basah yang membacanya, 'kan di kalungkan satu tahniah atas hujah dan hujan itu. Nasib baik duduk di atas, tak lah kena tempiasnya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Wahyu,
Kebetulan sudah lama tidak hujan. Meski tempias tapi masih dapat menikmatinya.

Tuan Citra,
Biar kita mandi hujan jangan mandi fitnah.