Selasa, 25 Mei 2010
Sesabar Unta
Mutawil kami Ustaz Ridhowi menyatakan kita harus bersabar sesabar unta. Unta dalam bahasa arab disebut sebagai ‘Jamal’. Jamal juga bererti indah, cantik atau elok. Apa yang pasti unta pernah menjadi kenderaan di padang pasir. Lambang kesabaran unta berkontrakdik dengan suasana latar belakang padang pasir yang berbatu dan kering kontang.
Begitulah kebesaran Allah. Di tanah tandus kita dapati masyarakatnya tidaklah tandus moral. Bagi kita di sini, yang penuh kehijauan rupanya ketandusan moral. Di sini tidak ada unta, yang ada ‘lembu’. Gambaran lembu yang lembab dengan khasiat susunya yang baik, tidak memungkinkan masyarakat di sini cergas atau sabar seperti lembu. Malah kita berhadapan dengan pelbagai masalah sosial.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
3 komentar:
Alhamdulillah, gembira melihat foto di entri ini. Tahniah ya, cikgu. Doakan saya juga dapat ke sana satu masa yang tidak terlalu lama lagi. Chaiyok!
Wardah,
Kena berazam dari sekarang. Waktu masih muda memang elok untuk mengerjakan Umrah atau Haji. Cikgu doakan. Chiayok!
Terima kasih, cikgu.
Begitulah saya berharap. Mahu sempurnakan sebolehnya pada usia muda ini. Chaiyok! terima kasih atas doanya.
Posting Komentar