Jumat, 04 Juni 2010

Imam Menangis

Imam menangis
di mimbar kesal
melihat mungkar makmum
nafsu dan kuasa
bisu dan buta

Imam menangis
di sajadah gundah
membaca surah-surah amaran
tentang kelekaan manusia
tentang buih-buih takwa
dihanyutkan badai kebendaan
ke muara lupa.

Imam menangis
ketika berzikir
makmum terburu-buru pulang
di rumah kehilangan kiblat
isteri dan anak-anak
sukar ditegur
suka berhibur

Imam menangis
mendengar azan
di jalan semakin sibuk
menjadi lomba perjudian
mempertaruhkan keharuman nama
dan kekufuran nikmat

Imam menangis
ketika mentalkinkan kebenaran
dunia adalah keranda maksiat
masjid sepi syafaat
telah dikuburkan akhlak
telah ditaburkan bunga-bunga fitnah
telah ditegakkan nisan-nisan kebatilan.


SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY
Parit Besar, Batu Pahat, Johor.
23 Mei 2010
Berita Harian 29 Mei 2010.

4 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Tuan Haji,
Puisi yang mempunyai maksud yang cukup mendalam dan mengesankan. Tahniah juga kerana puisi "Rimba Bahasa" tersiar dalam Pelita Bahasa, Jun 2010.

Comels mengatakan...

tahniah dengan puisi ini.agar terbuka hati untuk mentafsir,mencari diri.harapnya manusia di malaysia tak malas membaca, baru ilmu semakin mendapat tempat.Tuan, selamat menghasilkan banyak lagi puisi indah.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md. Nizar,
Terima kasih kerana masih sudi menjengah 'Melihat Kesunyataan' ini. Marilah kita sama-sama menyerikan rimba bahasa kita, iaitu Bahasa Melayu yang tercinta ini.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Comel,
Ilham Imam Menangis ini semasa saya bersolat di Masjidil Haram. Sangat terkesan apabila sapai satu ketika Imam menangis sambil membaca sebuah surah.