Di padang remang remaja ini
fikiran muda mempamer pisau
mereka mudah menjual maruah
minum dengan gelas pecah
Mereka menyelongkar rahsia malam
terbentur di kaki lima enegma
membentang langit remaja
di lorong-lorong gundah
arus manusia dan arus nafsu
berbaur moral hamis dadah
Pohon keremajaan telah ditumbangkan
peta etika dilipat ke laci-laci bimbang
tidak ada lagi tikar nasihat
untuk dihamparkan
tidak ada lagi padang pedoman
untuk diiktibarkan.
Batu Pahat, Johor
Metro, Selasa 22 Jun 2010.
6 komentar:
Salam Tuan Haji,
Tahniah atas tersiarnya puisi ini. Langit remaja yang sepatutnya cerah kian diselaputi mendung; hitam dan pekat.
Terima kasih Md. Nizar. Sememangnya langit remaja kita sekarang ini sudah tercemar dengan pelbagai peristiwa yang menyedihkan.
Sama-samalah kita menanganinya. Inshah-Allah.
Assalammualaikum, Cikgu
Puisi ini sangat menarik perhatian dan fikiran saya. Umpama nasihat cikgu dalam gaya sebaliknya.
Terima kasih.
Salam AYAHANDA SHAPIAI,
Sudah lama saya tidak berkunjung menitipkan pesan dalam blog Kesunyataan ini. Blog saya sendiri pun sudah makin 'lesu'. Saya akan kembali menukang. Tahniah atas siaran karya ini. Bait bicara prahara yang mengelus lara bangsa yang makin terkoyak.
Wardah,
Waalaikumussalam! begitulah kalau guru, dalam sajak pun nak bagi nasihat.hehe..
Anakanda Azhar,
Terima kasih kerana masih mampu ziarah blog saya ini.
Harap Azhar juga akan terus berkarya.
Posting Komentar