Islam itu keindahan. Sekali gus Islam itu juga kebersihan. Bersih itu indah. Rata-rata semua kita orang Islam tahu betapa kebersihan itu penting dalam hidup kita. Ironinya, dalam kehidupan seharian, kita sentiasa terdedah dengan ‘sikap tandas’ orang Islam/Melayu.Sikap tandas ini bermaksud sikap pengotor. Kita terperangkap dengan perangkap kotor dalam semua aspek kehidupan. Baik yang rohani dan juga yang jasmaninya.
Dalam berfikir pun ada juga sikap tandas. Tandas di sini bukan bermaksud seperti kefahaman orang Indonesia yang membawa makna pasti dan tegas sekali ataupun habis semua sekal/hilang sama sekali.Ini ‘tandas’ yang bermakna ‘jamban’. Sikap dan pemikiran jamban manusia Melayu kadang-kadang amat menyedihkan.
Kita ambil contoh dalam berpolitik, orang Melayu lebih bersikap ‘sikap tandas’. Apa tidaknya politik kita penuh dengan hasad dengki, caci-mencaci, fitnah, jatuh menjatuh, politik wang dan sanggup buat apa saja untuk jatuhkan lawan.
Dalam kehidupan seharian pula, cubalah kita masuk ke tandas-tandas awam. Kita akan terperanjat melihat cara berfikir orang kita terpampang di dinding-dinding tandas. Semua yang tercoret amat menjijikkan. Pemikiran ini akan dibawa sampai keluar tandas. Sebab itulah kita dapati masyarakat kita terjebak dengan seribu satu masalah sosial. Sebut saja, apa yang tidak ada. Masalah dadah, ragut, buang bayi, merempit, mencuri, merompak, menipu dan rasuah- semuanya ada dalam kamus kehidupan kita.
Kita seharusnya berani mengubah sikap tandas Melayu kepada sikap tandas orang Jepun.
6 komentar:
Benar, tetapi purata tandas Melayu sekarang sudah semakin baik.
Nassury,
Semasa dalam perjalanan ke Pantai Timur banyaklah saya menyinggahi tandas awam. Aduh, masih kurang enak. Malah ada tandas yang berbayar, tapi masih kotor.
Cikgu, ada juga tandas yang kurang mesra dengan Melayu-Muslim dan ini juga wajar ditangani dan diambil perhatian oleh pihak berwajib.
Wardah,
Sikap tandas inilah yang mesti diubah dulu. Selagi sikap ini tidak dapat diubah, selagi itulah kita ketinggalan dalam banyak perkara.
Tandas juga adalah wajah sebenar kehidupan kita.
sikap tandas dari rumah dibawa ke mana-mana dan seolah-oleh tidak dapat dipisahkan sehingga lupa yang mereka berada di tempat awam. sikap jijik ini susah nak dibendung kerana tahap pemikiran melayu kita masih lagi tahap kelas 3.
Lilik,
Sikap tandas itu sebenarnya menyerang dalam semua kehidupan kita orang Melayu,
Posting Komentar