Rabu, 05 Januari 2011

Rumah Akhirat.

Kita sibuk membina rumah dunia. Mengumpul wang, meminjam bank, memimjam pada kerajaan untuk memiliki sebuah rumah yang selesa. Mungkin ada yang masih menyewa, tetapi tetap akan berusaha untuk memiliki rumah sendiri.
Bagaimana dengan rumah di akhirat. Apakah kita pernah memikirkannya, untuk membina sebuah rumah yang selesa semasa di akhirat. Bagaimanakah caranya untuk membina rumah itu?. Apakah kita perlu pinjam bank?
Ingatlah kita akan meninggalkan juga rumah besar kita di dunia untuk menghuni sebuah lagi rumah di alam kubur nanti. Tubuh kita akan kembali kepelukan tanah perkuburan. Roh kita akan di tempatkan di mana? Sebenarnya roh kita perlukan sebuah rumah sebelum kita dibangkitkan kembali.
Marilah kita membina sebuah rumah di akhirat dengan tidak meninggalkan ibadat yang wajib di samping menambahnya dengan ibadah-ibadah yang dapat menguatkan iman.

6 komentar:

Comels mengatakan...

salam tuan. lama tak singgah ruang komen. hari ini terpaku pada entri yang ini. memberi keinsafan kepada saya, yang cita-cita terlalu besar tapi yang akhirnya belum tentu. terima kasih kerana mendidik saya dengan tulisan tuan yang masih berbisa. harap kekalkan dan boleh jadi ingatan untuk kami juga.

MARSLI N.O mengatakan...

Salam Tuan Haji: Politikus yang kita amanahkan menjadi peimpin kita asyik berbalah semata-mata untuk rumah yang mana?

Tentu jawabnya kita dapat menduga.

MARSLI N.O

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Satu entri yang memberi kesedaran dan keinsafan. Rumah akhirat adalah usaha kita membinanya dari zaman kita balaiq hinggalah kita dijemput oleh Allah. Sifat takwa, beriman,berzikir dan membaca Al-Quran adalah ciri-ciri rumah yang bina masa hidup untuk bekalan akhirat nanti.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Comel,
Agaknya beginilah tulisan orang pencen. Tak habis-habis beri nasihat. Diri ini belum tentu lagi..

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Orang-orang politik ada juga yang sedar tentang rumah yang satu ini. Terpulang kepada kita bagaimana menaksir pendekatan mereka.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Citra,
Memang kita bertukang dari sekarang.