Senin, 28 Maret 2011

Bertemu Kawan Lama

Seorang kawan lama tiba-tiba menghubungi saya. Mula-mula melalui fb, kemudian memalui telefon. Kami akhirnya dapat berjumpa. Kebetulan dia datang ke Batu Pahat kerana urusan menghantar anaknya praktikum di sebuah syarikat swasta di bandar.
Kami bertemu di sebuah restoran berhampiran Carrefour. Sambil minum kami berbual tentang sastera dan kawan-kawan lama. Sebenarnya kawan lama saya ini adalah seorang Cina yang telah lama memeluk Islam.
Berkali-kali dia meminta maaf kepada saya bila menyentuh tentang keadaan orang Melayu masa kini. Maaflah, katanya. Meskipun dia Islam hubungannya dengan kawan-kawan Cina masih akrab. Mereka orang-orang Cina sebenarnya mentertawakan orang-orang Melayu yang dikatakan Islam itu. Pada mereka Islam itu Melayu. Secara tak langsung mereka melihat Islam itu bercelaru. Islam itu sarang kepada semua kejadian maksiat dan jenayah. Tak perlu merujuk dunia Islam Timur Tengah yang sering dikaitkan dengan keganasan.Di Malaysia pun Islam adalah dadah, adalah gejala sosial seperti buang anak, sumbang mahram, pergaulan bebas, minum arak dan merempit. Islam juga menggalakkan fitnah memfitnah, mengaibkan orang, rasuah, dan macam-macam lagi penyelewangan. Maafkanlah saya, katanya berkali-kali.
Saya menyatakan kepadanya tidak perlu meminta maaf untuk berkata benar begitu. Dia menceritakan satu contoh yang benar-benar memalukan Islam. Katanya, dia mempunyai teman-teman yang berniaga macam-macam. Pada sambutan Tahun Baru yang lalu, teman-temannya membuka gerai tambahan di bandar tempat dia tinggal. Apa yang menyedihkan beberap orang pegawai Majlis Perbandaran datang meminta kepada mereka untuk menyediakan lima mandarin. Bukannya sedikit, tetapi mereka minta jumlah yang begitu banyak iaitu, selori yang nilainya mencecah RM8000.00. Bila sudah dapat, mereka datang lagi minta tambah.

2 komentar:

ardisia mengatakan...

1 hakikat! Sememangnya.Pernah juga tengok banyak kejadian di depan mata sendiri, salah 1 nya,trak bandaran dan orang2nya mengebas ke semua durian yang dijual di tepi jalan oleh orang Melayu juga, saya hanya diam, tetapi kawan di sebelah saya berkata,lebih kurang begini: "Tengok tu!Nanti mulalah beri pulak anak bini makan!".Saya terus diam!.Malas nak buat ulasan.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ardisia,
Inilah penyakit Melayu yang semakin sukar untuk diubati.