Rabu, 08 Juni 2011

Akhlak dalam Berpolitik

Politik orang Melayu adalah politik sempit. Politik fitnah-memfitnah untuk mengekalkan kuasa. Politik busuk membusuk, musuh-memusuhi antara satu dengan lain. Tidak ada kematangan langsung. Macam politik budak-budak kampung yang berebut guli.

Dalam berpolitik kita harus juga punya akhlak. Sudah tentu akhlak berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Jangan pakai hentam, asalkan boleh terus berkuasa. Belajarlah politik Rasullah, politik Abu Bakar, politik Umar Al-Khattab. Politik khalifah empat yang berjaya membawa Islam ke mercu kegemilangannya.

Orang Melayu adalah juga orang Islam. Sebagai orang Islam sudah tentu akan menegakkan syariat Islam, baik dalam kehidupan atau politik. Sejak merdeka pemerintahan adalah di bawah kekuasaan orang Melayu Islam. Sudah seharusnya kita berusaha untuk menjalankan syariat Islam dalam semua aspik kehidupan.
Ingatlah, kita mempunyai banyak lagi tugas untuk memajukan masyarakat, terutama orang Melayu yang masih ketinggalan dalam semua segi. Kita masih ketinggalan jauh dalam sektor ekonomi. Macam-macam usaha kerajaan untuk membantu bumiputera, tetapi hakikatnya kita masih ketinggalan. Seharusnya kita sudah mempunyai syarikat-syarikat besar di bandar-bandar yang dapat menyaingi JUSCO, Gaint, Carrefour, Tasco dan Econsave. Mana dia supermarket Melayu? Mana dia supermarket Ali, supermarket Awang. Yang ada cuba bersaing cuma Maidin.
Untuk syarikat-syarikat besar berbentuk enterprise pula kita juga nampaknya masih tenggelam dalam lubuk enteprise kaum Cina dan orang asing. Kita masih berharap GLC yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu Melayu.

Begitu juga dalam pelajaran, kita masih tidak mampu bersaing dengan pelajar Cina maupun India. Mengapa? Adakah orang melayu memang dilahirkan bodoh?
Politiklah yang dapat membantu mengubah realiti orang Melayu kini. Sekarang kita masih berkuasa. Gunakanlah kuasa untuk mengubah orang Melayu, jangan gunakan kuasa untuk menghancurkan orang Melayu.

Gunakan ‘kuasa’ untuk mengayakan orang Melayu bukan menggunakan kuasa untuk mengayakan kroni.

Gunakanlah kuasa untuk mengubah nasib orang Melayu.

3 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tuan Haji,
Walaupun Tuan Haji banyak aktif dalam penulisan FB saya tetap berkunjung selalu serta mengikuti tulisan Tuan Haji dalam blog ini. Teruskan titipan kata-kata dalam blog.
Terima kasih.

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Sudah lama tidak memzirahi blog Tuan, Penulisan itu tersentuh naluri apabila membacanya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Terima kasih kerana masih sudi membaca cetusan fikiran yang tidak sepertinya ini.

Tuan Citra,
Marilah kita kembali memblog.