Menggengam kaca
kebenaran tiada
ketajamannya
menghiris bahagia
Gelas fikiran
kupecahkan
cermin perkiraan
kauhancurkan
seribu wajah keliru
Kaca kebenaran
berbicara lantang
hati terluka
retak resah
menunggu pecah.
Menggenggam kaca
membisikkan cinta amarah
pada tangan berdarah
pada wajah bersalah
Kebenaran berkaca
tegas melukakan
darah muhasabah
Shapiai Muhammad Ramly
Seri Wangsa, Batu Pahat.
(Berita Minggu 24 Julai 2011)
4 komentar:
Pemilihan kata-kata yang bernas dan padat dengan makna. Tahniah ayahanda!
Zu,
Terima kasih kerana sudi membaca dan menghayatinya.
Ayahanda bukalah blog saya. selepas membaca sajak ayahanda, saya bersemangat untuk mengarang sajak lagi. Komen ye nanti selepas baca.
Zu,
Saya sering juga berkunjung ke blog Anggrek Desa. Kadang-kadang hampa kerana pengisian tiada. Alhamdulillah, baru sempat kembali menjenguk. Ada sajak Pengemis Kata. Memang penulis sajak adalah pengemis kata. Kita mengemis daripada yang Maha Esa.
Posting Komentar