Rabu, 26 Oktober 2011

Tentang Politik.

Saya bukan orang politik. Saya hanyalah seorang guru dan bersara guru. Pernah juga pada mulanya bergiat dalam politik UMNO, kerana bapa dan kakak saya orang kuat UMNO. Ketika itu perjuangan mereka berpaksikan ‘Hidup Melayu’.
Pada pendapat saya politik bukanlah sesuatu yang kotor, seperti yang sering diperkatakan oleh sesetengah pihak. Bila bercakap tentang ‘agama’ ada saja yang menyanggah, jangan dipolitikkan. Pada mereka politik dan agama sesuatu yang tidak boleh digandingkan.
Bagi saya kalau kita sudah beranggapan ‘politik’ itu kotor, eloklah kita tinggalkan saja politik. Mengapa harus berpolitik kalau berpolitik akan menyebabkan kita sentiasa berdosa.
Bila kita berpolitik kita harus juga berpolitik dengan panduan agama. Islam sebagai ad-din sudah lengkap dalam semua aspek kehidupan. Dalam Islam sudah ada politik, ekonomi, pendidikan, pertanian, hukuman, perniagaan,kekeluargaan dan juga cara mentadbir negara. Jadi kepada parti politik, berpolitiklah dengan garis panduan Islam yang boleh dirujuk dalam al-Quran dan sunnah.
Mungkin kita ada sedikit berbeza pendapat tentang bagaimana hendak menguruskan negara dan rakyat. Rujuklah al-Quran dan hadith. Sudah tentu kita tidak akan berbeza pendapat terutama bila membicarakan ‘kebenaran’ dalam Islam.

3 komentar:

Ilham Ainol mengatakan...

Salam jengah Tuan Haji.

Ulasan puisi udah saya terima. Terima kasih diucapkan.

Politik memang BERSIH, ia hanya dikotori politikus yang tidak bersih tangan dan kalbunya.

Terserahlah kepada kita untuk kekal BERSIH dan menolak KOTOR.

Moga dilindungi dan dijauhi petaka.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ainol,
Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan. Memang kita perlu mendamba perjalanan politik yang bersih. Jangan dikotori dengan segala macam kotoran duniawi.

Melihat Kesunyataan mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.