Kamis, 05 November 2009

Ladang Kebersamaan


Saat menemukan kepercayaan bahawa kita manusia perkasa, sebenarnya belum cukup untuk menjadikan kita manusia berjaya. Apa lagi dengan hanya mengurat-gurat nasib yang ditemukan melalui tangan orang lain. Saya percaya kepada kerja keras dan pasrah kepada-Nya.
Sekian lama kita melaungkan azan yang sama. Meski berbeza pendapat, seharusnya kita dapat berdiri di atas saf yang satu. Itulah harapan saya kepada bangsa Melayu, yang punya satu bahasa Melayu yang perlu diperjuangkan. Kita harus bekerja keras bagi memastikan bangsa dan bahasa maju bersama.
Jadilah manusia perkasa. Melayuku…

6 komentar:

dariana mengatakan...

salam dan tahniah.
ladang kebersamaan.
di situ tumbuh apa jua yang ditanam atau tidak. akan bersama subur dibajai atau tidak. akan menggapai cahaya rela atau tidak. akan memantul buah berbiji atau tidak. akan kukuh memberi hasil memuaskan hati atau tidak. akan dihuni marga bernyanyi atau tidak.
ladang itu bersama bertapak di bumi
ladang itu bersama dipayungi langit.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Peristiwa pelik yang benar; mengucap kalimah syahadah yang sama dan bersembahyang menghadap kiblat yang sama, namun untuk bersatu susah untuk bersama-sama. Sebilangan berusaha berusaha bersungguh2 memperkasakan "aset2" Melayu; sebilangan pula berjuang (ada udang di sebalik batu); sebilangan lagi berjuang mengikut kadar dan waktu; sebilangan yang lain langsung buat tak tahu! Masih ramai bangsa Melayu yang tak faham dan buat2 tak faham. Tahniah puisi Tuan Haji tersiar di BH Sastera.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Abdul Hadi,
Terima kasih kerana memberi respon yang menarik tentang 'ladang kebersamaan' itu.
Seharusnya ladang itu dibajai dengan kesetiaan dan kepercayaan, cukup dengan cahaya keikhlasan dan kerelaan.
Selama ini itulah yang tidak ada.

Md. Nizar,
Salam puisi dan terima kasih atas pandangan dan galakan. Sebagai orang yang sudah tua kadang-kadang macam susah pula untuk berkarya. Nasib baik ada blog penyair-penyair muda yang dapat memberikan semangat untuk terus menulis.Saya pasti Md Nizar juga telah menghasilkan karya-karya yang bermutu. Sesungguhnya dunia sastera memang menarik untuk dikongsi bersama.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI yang amat saya hormati,
Kebersamaan, sering ditafsirkan oleh sekelompok manusia yang memegang teraju, seperti sebuah ladang milik Ali tetapi hasilnya mestilah dituai oleh Ah Kau dan Ramasamy. Akhirnya Ali akan mengalah kerana di belakangnya melaung suara "kebersamaan" atau gagasan 1M...Akhirnya Ali ditemui di kaki lima menadah tempurung...Demikianlah akhirnya nanti?

Melihat Kesunyataan mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Salam kebersamaan. Bukan salam 1 Malaysia.
Metafora ladang untuk menuai kebersamaan agak kurang tepat. Seharusnya Si Ali sama-sama berusaha. Bukan mempercayakan orang lain atau mengalibabakan ladangnya.
Setakat usikkan untuk percambahan fikiran.
Sifu tentu lebih memahaminya.