Kamis, 12 November 2009

Pertempuran bagi Anwar...

Perang dikaitkan dengan pertempuran. Wajah perang tidak pernah berubah sejak zaman dahulu. Yang berubah cuma alat yang digunakan. Hasilnya tetap sama. Kemenangan atau kekalahan. Begitulah, semasa pertempuran tentu ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Peperangan yang dipimpin oleh Sang Raja di suatu pihak dan Sang Panglima di suatu pihak yang lain biasanya akan menyebelahi Sang Panglima. Kenapa? Sang Raja hanya keluar berperang bila mendapati musuh sudah menghampiri Istana. Apabila kekalahan sudah berada di depan pintu istana. Bagi Sang Panglima, dia akan berada di hadapan dalam setiap pertempuran untuk memimpin rakyatnya. Sebenarnya dia juga adalah Raja, tetapi semasa peperangan dia adalah Panglima. Sebab itulah kemenagan berpihak kepadannya.
Inilah mesej cerpen, “Pertempuran’ karya Anwar Ridhwan (Sangkar: 75, DBP) Kalau dilihat dari sudut politik, kita akan selalu melihat pertempuran ideologi yang begitu hebat. Biasanya kemenangan akan menyebelahi ‘pemimpin’ yang turun ke medan pilihan raya sebagai ‘panglima’ bukan sebagai ‘raja’. Bila calon lambat turun padang, itu adalah alamat untuk kekalahannya. Bila calon turun ke padang hanya sebagai ‘raja’ alamat kekalahan akan datang kepadanya. Bila calon bukan dipilih dari kalangan orang yang tahu memimpin, juga akan menerima kekalahan. Jadi pilihlah Sang Panglima bukan Sang Raja.

6 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Selain panglima, laskar-laskar kerdil nan setia juga harus diberikan perhatian. Mereka inilah golongan yang sering menjadi korban atau dikorbankan. Mereka ini walaupun "kecil", tetapi suara mereka harus didengari.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Oh.. Anwar Ridhwan rupanya.. hehe..
Insya-Allah, Saya bakal berjumpanya di Kota Bharu pada 22 - 23 November 2009 ini.

Unknown mengatakan...

Salam Tuan Haji. Mohon diLINKkan blog tuan di blog saya supaya pembaca saya tahu bahawa jika bahasa dinukil dengan baik, seronok membacanya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md Nizar,
Dalam cerpen 'Pertempuran' itu SN Anwar ada menggambarkan bagaimana seorang Panglima itu seharusnya berduel dulu dengan Sang Raja. Bila salah seorang tewas bermakna pertempuran harus ditamatkan, tanpa mengorbankan rakyat/tentera. Seharusnya dalam politik pun begitu. Biar pemimpin muncul dulu berperang secara intelek, seperti yang berlaku di Amerika.

Rusdi,
Anwar juga..bertempur. Hebat juga. Beliau seorang Panglima bukan Sang Raja...

Tuan 'Meniti Usia'
Saya juga..

FadzliAbuBakar mengatakan...

sekarang dah banyak sangat raja... askar pun lagaknya seperti raja... siapa pula yang mahu menjadi panglima?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Fadzli,
Memang benarlah ramai yang nak jadi raja. Tapi dalam setiap peperangan Panglima tetap berada di hadapan sebagai pemimpin. Pemenangnya tetap Sang Panglima bukan Sang Raja.