Jumat, 11 Desember 2009

Pilu sebuah kerusi dan ketuanan sebatang tongkat.

Di atas mimbar politik sudah tergambar-gambar kepiluan sebuah kerusi dan akan kehilangannya ketuanan sebatang tongkat.
Bicara Pak Imam politik yang menggurui makmum dengan khutbah basi, menyebabkan makmum terlena dan terbuai-buai dengan dendangan yang sama.
Kisah-kisah Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir dan Mat Jenin dimainkan kembali. Memaksa anak kecil bernama Belalang mencari helah untuk menyakinkan Sang Raja agar bapanya diberi pampasan kerana tugas-tugasnya sebagai nujum.
Sebuah kerusi di atas mimbar politik kini masih sepi. Sebatang tongkat ketuanan masih mampu dipegang oleh Pak Imam Politik Melayu.
Ada kemungkinan kerusi dan tongkat itu hilang. Bagaimana mungkin Pak Imam politik kita untuk naik mimbar dan berkhotbah.
Azan menuju kemenangan yang dilaungkan pun semakin dipertikai. Lima kali sehari Pak Bilal melaungkan, ‘Marilah Menuju Kemenangan!”
Tapi kita tetap kalah!.

4 komentar:

Unknown mengatakan...

Salam Sifu. Inilah akibatnya jika orang memisahkan bahasa agama dan bahasa politik. Najijahnya, tiada akan wujud pertemuan antara kedua-dua perkara itu.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Masih tercari-cari ahli politik yang benar-benar berani berkhutbah di mimbar dan mengimami solat. Bukankah pemimpin bukan setakat berani bersilat di gelanggang politik, tetapi juga mesti hebat pencak dan silatnya dalam arena agama. Siasah dan agama sesuatu yang tidak boleh dipisahkan; harus seiring.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Kerusi tidak akan kekal lama, akan dimakan anai-anai ataupun dibakar apabila sudah usang. Tongkat; simbol kelemahan. Mungkin juga etos sebuah kekalahan. Ya, akhirnya Tok Imam akan lesu menyeru ke arah suatu perjuangan selagi ada tongkat yang rapuh dan jiwa yang celaru.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Mybabah,
Saya setuju dengan apa yang dikatakan bahawa kita tidak seharusnya memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan juga berbahasa. Agama mengawal segala-galanya.

Md. Nizar,
Sebab itulah orang politik asyik ponteng dalam sesi persidangan di parlimen. Macam mana nak mempercayai mereka untuk mempertahankan sesuatu.

Azhar Salleh,
Pada saya 'tongkat' bukan simbol kelemahan. Itu analogi mantan PM kita. Tongkat sebenarnya simbol kewibawaan. Nabi Musa punya tongkat yang dapat menelan ular-ular sihir Firaun.