Selasa, 08 Desember 2009

Tidur

Ketika di bangku tunggu. Seorang lelaki duduk memandang kosong kejauhan. Seseorang yang duduk di sebelah menegur:
-Ke mana?
- KL!
- Selalu nampak saudara mengadakan perjalanan!
- Nampaknya saudara memerhatikan saya!
- Saya ke KL menemui isteri, yang kebetulan bekerja di sana..
- Ooo!
-Saudara bekerja?...Menemui seseorang?
- Tak, saya cuma nak tidur!
- Pelik!
- Ya, saya susah tidur. Hanya dapat tidur semasa mengadakan perjalanan.
- Dengan keretapi..!
- (Angguk) Hanya dengan keretapi baru saya dapat tidur. Sampai di KL saya akan tempah teket pula untuk tidur lagi. Kadang-kadang saya ke Kota Baru. Kadang-kadang ke Perlis.
Ketika kereta api tiba mereka pun berangkat. Kebetulan duduk di bangku yang sama.
- Jangan kejutkan saya!
(Angguk)
Bila tiba di KL, lelaki di sebelahnya terus tidur.
Tidur yang panjang.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Satu entri yang menarik kerana ada unsur misteri dan falsafah tersirat yang boleh difikirkan, mungkinkah ini kisah benar...?

Citra Wangsa mengatakan...

Tuan Haji,
Kasihan sungguh dengan orang yang tak boleh tidur...Tidur itu suatu nikmat selain sebahagian drpd ibadat. Nak bangun tahajud pun kena tidur dulu...kalau dah tak boleh tidur...?...?...?

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Apabila saya membaca entri ini, saya mula terfikir, "Adakah sesuatu yang tersirat di sebalik cerita tidur ini?" Benar, tidur merupakan salah satu nikmat. Tanyalah orang yang ada insomnia, betapa orang ini amat rindu akan nikmatnya tidur. Tapi hari ini, ada dalam kalangan kita yang celik, tetapi tidur sebenarnya...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Yang pasti saya ni kuat tidur..he he.

Zura,
Memang saya perneh bertemu dengan seseorang yang sudah 4 hari tidak dapat tidur. Sampai minta petua daripada saya.

Md. Nizar,
Dapat ilham daripada cerpen Haruki Murakami berjudul 'Sleep.' Memang dapat tidur ni satu anugerah.