Rabu, 27 Januari 2010

Boikot

Boikot atau ‘pengasingan’ cuba dilakukan sekali lagi untuk barangan Israel (Yahudi). Dulu sudah pun diuar-uarkan, tapi nampaknya masih tidak berkesan. Kali ini dilakukan kembali oleh badan NGO VIVA Palestin. Mereka mengadakan perhimpunan aman sambil mengedarkan risalah kepada orang ramai. Memang niat ini cukup baik. Media pun membantu mereka.

Nabi Muhammad SAW pernah melakukan hal yang sama terhadap tiga orang penduduk Madianah yang tidak bersama-sama menyertai peperangan Tabuk. Ketiga-tiga mereka tidak ada alasan yang kukuh mengapa mereka tidak ikut sama berjuang. Oleh itu, Nabi menyarankan agar ketiga-tiga mereka diboikot. Mereka ini bukan sahaja diboikot oleh masyarakat Islam keliling, tetapi juga oleh saudara-mara, adik-beradik dan juga isteri dan anak-anak mereka. Jika mereka ke masjid untuk solat dan memberi salam, Nabi akan menjawab salam mereka sahaja, tetapi selepas itu tidak akan bertegur sapa dengan mereka. Begitu juga bila mereka ke pasar, semua orang hanya sekadar menjawab salam, tetapi tidak melayan mereka bercakap. Hal ini menyebabkan mereka bertiga tertekan dan bersedih. Mereka akhirnya mengasingkan diri ke padang pasir dan berdoa agar mereka diberi keampunan. Sehinggalah Nabi mendapat wahyu yang menyatakan doa mereka diampunkan oleh Allah swt. Barulah Nabi sendiri mengistiharkan ‘pengasingan’ itu atau boikot itu ditamatkan.

Berdasarkan kisah tersebut elok kita menyahut seruan memboikot barangan yahudi ini. Wahai orang Islam.Marilah sama-sama kita bersimpati dengan kesengsaraan rakyat Palestin. Inilah sahaja satu cara bagi kita sama-sama menunjukkan keperihatinan kita terhadap perjuagan dan kesengsaraan mereka.

5 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Secara peribadi diri ini berpendapat bahawa usaha boikot ini hanya sepicing yang berhasil (namun setakat kini tiada statistik yang menyatakan boikot barangan Yahudi di Malaysia berapa peratus yang berjaya) kerana 'atasan ekonomi' masih terus bergantung kepada pihak itu; apakah ada kesungguhan 'luar biasa' pihak peneraju ekonomi negara...?
Maaf Tn. Hj. jika pendapat ini salah dan tidak benar sama sekali...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Sesungguhnya 'atasan' memainkan peranan penting sebab itulah saya bawakan kisah bagaimana 'Rasullalah' sendiri yang mengarahkan pengasingan terhadap ketiga-tiga mereka yang ingkar berperang/berjihad itu. Barulah berkesan.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Boikot - rasa-rasanya sehingga kini, dalam konteks negara Malaysia, tidak pernah berjaya dengan baik. Selagi tidak ada keikhlasan, sukar untuk melakukan tindakan boikot. Golongan marhaen memboikot, golongan yang lain, bagaimana? Kembali kepada perjuangan Islam yang syumul, satu cara yang berkesan utk memerangi orang Yahudi. Tetapi, sekali lagi kita lebih banyak beretorik...Insya-Allah, kita mulakan usaha ini dengan tindakan daripada diri kita sendiri. Cerita tuan tentang Nabi SAW memberikan satu input lagi kepada saya. Terima kasih, taun haji!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Yang penting kita memulakan. Memang sesuatu yang paling sukar ialah untuk memulakannya.

Citra Delima mengatakan...

Tn.Hj,
Mari saya dan keluarga mulakan boikot ini, kalau setiap keluarga islam mula berniat untuk memulakan nya, pasti mendapat kejayaan. Nak suruh orang lain boikot, sampai bila pun tak berjaya.