Mereka sentiasa di hadapan
bila bercakap tentang kemiskinan
berkunjung ke daerah duka
menyelak helaian simpati
membaca rawi retorik politik
‘kenapa masih berselimut
di tilam keselesaan’.
Dengan pedang kata
hunuslah ke leher pengecut
yang menyimpan rahsia tajam lidah
bahagia di pukung mimpi
Di kawah kehidupan ini
kita masih mencipta derita
buat melahirkan seorang wira
Dengan pedang kata
hunuskan ke leher kemalasan
sambil memberikan kata dua
bebas atau terpenjara
SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY
Sri Wangsa, Batu Pahat, Johor.
Berita Harian Sabtu, 6 Februari 2010
6 komentar:
Tahniah!
Pedang kata Pak Lang begitu menyentap jiwa.
Assalammualaikum, cikgu.
Saya terkesan dengan bait-bait ini. Terima kasih atas tulisannya :)
Dengan pedang kata
hunuslah ke leher pengecut
yang menyimpan rahsia tajam lidah
bahagia di pukung mimpi
Shima,
Terima kasih kerana dapat menikmati sajak saya yang tak seberapa ini.
Wardah,
Saya rasa macam ada nada mengajar pula. Maklumlah saya ni bekas guru. Dah bersara pun masih ada nada deduktik.
Cikgu tetap seorang cikgu. Satu gelaran yang akan terus bersama walau tidak lagi secara formalnya.
Cikgu mendidik jiwa melalui susunan aksara dan saya dan kami pembaca sebagai yang dididik berbahagia menerimanya.
Gambate, cikgu!
Wardah,
Terima kasih. Chiayok!
Posting Komentar