Sabtu, 13 Maret 2010

Bola dan Politik

Sesekali menonton bola, saya dapat mempelajari beberapa perkara. Saya tidaklah pandai untuk menikmati keindahan permainan itu, terutama bila ada jaringan-jaringan yang dikatakan cantik.

Rupanya permaianan bola juga sama seperti berpolitik. Contohnya, bila bola berada di kaki musuh, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak lawannya. Sudah tentulah cuba mengejar bola dan sekali gus pemain pertahanan akan berwaspada kepada siapakah bola itu akan dihantar. Dalam setiap perlawanan, saya dapati kelemahan pasukan yang kalah adalah kerana tidak dapat membaca ke manakah bola itu akan berada. Seharusnya bila bola berada di pihak lawan, kita sepatutnya menjaga setiap pemain yang lain. Begitu jugalah bila bola berada di pihak kita, seharusnya semua pemain akan cuba melepaskan diri dari pihak lawannya. Bagaimana hendak lari daripada pihak lawan itulah yang paling sukar nampaknya.

Begitu jugalah dalam berpolitik. Bola umpama isu yang penting. Bila ada sesuatu isu, sepatutnya setiap ahli dalam politik itu mesti tahu bagaimana hendak membawa isu itu dan kepada siapa isu itu hendak di hantar. Dalam hal ini semua ahli dalam politik adalah pemain. Kalau ada salah seorang pemain yang belot, dengan merembat ke gol sendiri, maka sudah tentulah pihak musuh akan bersorak.

Apa lagi jika bermain di tempat lawan. Sudah tentu penonton yang diimport juga tidak berpihak kepada kita. Ada juga kemungkinan para pemain dalam pasukan itu diberi rasuah. Rupanya bola dan politik tidak jauh bezanya.

Bagaimana agaknya bila bola dikaitkan dengan puisi?

3 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tuan Haji Shapiai,
1. Begitulah serba sedikit hal indahnya bola sepak ini, sukar diterangkan betapa menariknya bola sepak ini yang boleh dikaitkan dalam pelbagai cabang kehidupan.
2. Diri ini minat mengikuti perkembangan dan hal kedua-duanya (bola dan politik) namun bola lebih awal menguasai diri ini sejak darjah 4 lagi...
3. Bola tetap bola, politik tetap politik... tetapi pabila bola diserap unsur politik negatif (dan unsur kerabat dari sebuah negeri...) maka bola Malaysia jadi macam 'punah dan tidak meriah'...!
4. Puisi dan bola; sesuatu yang belum dicuba secara serius atau memang tiada yang mahu cuba kaitkannya... tapi diri ini rasa ada sesuatu yang istimewa jika dapat dikaitkan 'puisi dan bola' ini.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Saya suka kupasan Tuan Haji tentang permainan bola sepak ini. Begitulah hebatnya kuasa bola sepak. Kerana sebiji bola satu pihak akan kecundang dan satu pihak lagi akan memang. Bola sepak permainan yang penuh strategi, demikian juga politik; strategi yang bergigi-gigi macam gergaji. Bukan setakat bola yang ditendang, kaki juga adakalanya perlu dicantas!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Apa-apa pun perkembangan politik sekarang ini macam perlawanan bola sepak juga.

Md. Nizar,
Terima kasihlah kerana memberi respon yang baik terhadap tulisan saya. Sebenarnya pandnagan saaya itu kadang-kadang ada terasa macam janggal sahaja.