Royalti
Tiba-tiba isteriku minta royalti
Katanya selama ini yang kuberi hanya wang ehsan.
Kisah Lompat Parti
Seekor katak melompat
Dan berkata, ‘Demi agama, bangsa dan Negara!’
PTPTN
Kita masuk universiti
Untuk belajar berhutang
Keluar nanti
Untuk menangggung hutang.
Tol
Lebuh raya hidup penuh tol
Kahwin pun kena tol
Kita ini semua tol…….lol
Bahasa
I dan you bahasa Melayu
Gua dan lu bahasa Melayu
Saya dan kamu bahasa Malaysia.
Budaya
Hari ini,
Bukan budaya kami berarak di jalan raya
Dan selamanya,
Jalan raya jem kerana kita kaya.
Politik
Hari ini kata lain
Esok kata lain
Lusa dan lain-lain.
6 komentar:
Tuan Hj.
Mari berzapin, kita guna naga, kita berzikir wel...wel...wel. nama neraka, lusanya kita langkah seribu...Kata Md. Sabu
Tuan Haji,
Saya tak pandai berzapin, tak pandai tari naga atau berzikir wel,wel nama neraka.
Kalau sakit memang pil, semata-mata pil, oh pil.. dah sembuh ke Tuan Haji?
Salam AYAHANDA SHAPIAI,
Menaakul sajak ini, menghadirkan bisikan sinisisme yang menebal dalam gelodak rasa. Harap-harap sajak 1 Malaysia akan ada kesinambungannya. Harap-harap! Dan harap-harap kita (saya khususnya) tidak termasuk dlm golongan yang tol...ol!
Salam Tuan Haji,
Puisi yang cukup sinis. Senario hari ini mengajar kita bagaimana hendak menjadi "mengkarung"...
Tuan Haji Shapiai,
Walau apapun... akhirnya Tn. Hj. berjaya juga menjejak kaki ke Tanjung Piai.
Pasti ada 2-3 puisi baharu tentang singgahan ke Tanjung Piai ini yang dibikin oleh Tn. Hj. nanti ya...
Ya, anakanda Azhar,
Terasa benar saya begitu dihargai oleh seorang Sifu bahasa. Saya berfikir sekarang ini terlalu banyak orang memberi tafsiran sendiri tentang 1 Malaysia.
Md. Nizar,
Ada orang berkata mengkarung lebih bijak daripada kancil...
Rusdi,
Sewaktu menjejakkan kaki di hujung benua, sewaktu tidur di tanjung, sewaktu merasakan tiupan angin dari laut memang terasa semacam kesegaran bisikan ilham. Seharusnya...
Posting Komentar