Sabtu, 03 April 2010

Bersyukur Saya Lahir di Sini.

Anak sulung saya kebetulan telah mendapat arahan untuk bertugas di New Delhi, India selama seminggu, bersama beberapa orang staf di syarikatnya. Dalam rombongan itu termasuk dua orang temannya berbangsa India. Sejak mereka sampai di Lapangan Terbang di New Delhi lagi, mereka telah mengalami kesukaran kerana karenah birokrasi hinggalah menempuh pelbagai kepayahan semasa dalam perjalanan ke hotel. Meskipun hotel lima bintang tetapi, perjalanan yang memakan masa hampir dua jam itu terpaksa melalui pelbagai rintangan.
Ada ketikanya van yang mereka sewa itu ditahan oleh sekumpulan samseng, siap dengan kayu dan pelbagai senjata, semata-mata untuk minta wang. Pemandangan sepanjang perjalanan pula penuh dengan manusia-manusia gelandangan. Satu ketika mereka tersesat masuk ke sebuah perkampungan setingan. Mereka terus dikerumuni dengan pandangan dn kata-kata yang penuh ancaman.
Jalan raya di India tidak terurus dengan baik seperti di Malaysia. Meskipun ada lebuhraya, awas, di tengah-tengahnya (bukan di pembahagi jalan), tetapi di tengah jalan ada pokok. Kerajaan tidak menebangnya kerana pokok ini adalah pokok sembahan.
Pondok tol pula cukup daif, tidak seperti di sini yang cantik dan hebat. Sebenarnya benarlah seperti dalam filem yang kita lihat tentang India, polis sendiri pun tidak berani berbuat apa-apa jika kita tiba-tiba dikerumuni dan diserang oleh sekumpulan samseng.
Melihat semua ini memberi keinsafan kepada kita betapa hidup di Malaysia sepuluh kali lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain. Sampaikan kedua-dua orang India (Malaysia) itu melahirkan rasa syukur yang amat sangat. Salah seorang daripada mereka sampai berkata, ‘Kalau datuk-neneknya tak datang ke Malaysia, mungkin nasibnya tak sebaik sekarang ini. Syukur kerana dia lahir sebagai anak Malaysia.’

2 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj. Shapiai,
Syukur kerana dapat berkhidmat di Johor / Melaka; di Johor dapat berurusan dengan ramai penulis kreatif, ilmiah dan penggiat yang sememangnya baik dan bermutu...
Baru masuk tahun ke-10 di sini tetapi banyak sungguh ilmu dan pengalaman diperoleh... ya termasuklah bersama-sama Tn. Hj. juga...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Kita kat Malaysia ni mana-mana pun ok. Saya pun dah lebih 30 tahun bertugas di Johor, sampai pencen. Tak ingat nak balik Perak. Malah sudah selesa di sini. Alhamdulillah.