Minggu, 02 Januari 2011
Kita Menang tetapi Kalah.
Tentang bola sepak masih terasa bahangnya. Ada saja ulasan dalam akhbar bagaimana kemenangan kita di Stadium Bung Karno, Jakarta itu setelah kita kalah 2 – 1. Kita kalah, tetapi kita menang. Itulah hakikatnya. Bola memukau kita dan juga orang-orang Indonesia. Kebencian mereka kepada kita makin bertambah-tambah. Bagi mereka kekalahan dengan Malaysia, bermakna malu besar. Biar kalah dengan negara lain, tapi jangan dengan Malaysia. Entah kenapa saudara serumpun kita itu, bersikap begini. Nampaknya Malaysia banyak mengalah dan bersabar. Orang-orang kita tetap berduyun-duyun melancong ke Indonesia. Kita tetap membaca karya sastera mereka. Kita tetap mengagumi Amir Hamzah, Chairil Anwar, Pramodeya Ananta Teor, Putu Wijaya dan Gunawan Muhammad.
Begitulah, dalam hidup ini kadang-kadang kita harus kalah untuk menang. Biar kita kalah di dunia, tetapi menang di akhirat.
Permainan bola kehidupan lebih memukau. Kitalah pemainnya. Bola kehidupan mengelecek kehidupan kita dengan bermacam-macam keinginan. Kita terpukau kepada janji-janji kebendaan. Kepada kesenangan dunia seperti pekerjaan berpendapatan tinggi. Semuanya untuk membeli dunia. Hingga kita lupa untuk membeli akhirat.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
5 komentar:
Tuan Haji,
Dalam meraikan kemenangan yang nampaknya ke arah 'melampau' kita sebenarnya menuju ke arah 'kalah moral'; dapat dilihat, dibaca dan didengar dendangan muluk lagi indah-indah ke atas skuad Malaysia kini sedangkan kita sekurang-kurangnya belum mampupun menang bola sepak Piala Asia (yang melibatkan semua negara dalam Asia..., usah bicara soal Piala Dunia...).
Kita sudah bergembira tahap 'melampau' pabila menang piala peringkat negara-negara Asia Tenggara sahaja; kebimbimbangan muncul takut pemain kita terbuai dan lupa diri selepas ini...!
Rusdi,
Saya sungguh bersetuju dengan suara kebimbangan itu. Sesungguhnya janganlah kita berlebih lebih 'meraikan' kejayaan skuad bola sepak kita itu. Begitu juga kalau kalah jangan berlebih-lebihan pula mengutuk mereka.
tuan,
saya lebih bimbang bukan kerana bola saja tetapi kerana melihat betapa berjayanya kolonialisme barat memecahkan ikatan hati manusia serumpun.kalaulah dapat diundur masa dan perjanjian inggeris belanda yg membelah-belah bumi nusantara itu tidak pernah wujud, dapatkah kita bayangkan betapa gagahnya kita menjadi rumpun asia sebelah sini yang kuat dan punya patriotisme tinggi.sekarang penjahat itu sedang ketawa besar melihat kita adik beradik bercakaran. rasa sayu di hati ini.
Comel,
Benar. Tahun 1924 adalah tahun penentuan kepada terpisahnya Indonesia dengan Tanah Melayu (Malaysia) yang dibahgikan kepada Belanda dan Inggeris. Kita yang serumpun jadi mangsa. Hingga tidak mengenal saudara.
tuan hj..
er,tahun 1924 ke atau 1824?perjanjian inggeris belanda?
Posting Komentar