Sabtu, 19 Maret 2011

Begitulah ‘adatnya’...

Adat bermula sebagai peraturan yang dipatuhi kerana mempunyai nilai-nilai yang baik. Adat kadang-kadang menjadi ‘hukum’ yang perlu pula dipatuhi. Hingga ada yang menyatakan, ‘Biar mati anak, jangan mati adat’.
Adat kadang-kadang begitu kejam kepada manusia sendiri. Malangnya, manusia sendirilah yang mencipta ‘adat’. Begitulah hebatnya ‘Melayu’ sanggup bermati-matian menegakkan dan mempertahankan ‘adat’. Sungguhpun mereka sendiri tahu ada ‘adat’ yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Tidak usahlah jauh-jauh mencari contoh. Adat perkahwinan Melayu sejak dahulu hingga sekarang masih mempertahankan ‘adat bersanding’, berinai, hantaran dan bertepung tawar. Meskipun kita tahu adat itu membazir, membebankan dan ada yang tidak sesuai dengan ajaran Islam, tetapi kedegilan dan kejahilan masih membelenggu masyarakat kita.
Meskipun pada mulanya konsep ‘Biar mati anak, jangan mati adat’ sebenarnya lebih kepada mempertahankan’hukum’ atau undang-undang yang tidak memilih bulu, biar pun anak sendiri yang melakukan kesalahan perlu dihukum mengikut undang-undang sedia ada (sudah tentu undang-undang Islam). Tetapi orang Melayu lebih melihat ‘adat’ sebagai satu peraturan turun-temurun yang telah sebati dengan hidup, meskipun dalam adat itu jelas bertentangan dengan Islam.

2 komentar:

Zawawi Aziz mengatakan...

Salam sejahtera. Mufti Perak mempertahankan Menteri Besar bahawa upacara tepung tawar di tiang seri adalah adat biasa, tidak salah dari sudut ugama. Apa yang boleh diharap dari Melayu yang lain?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zawawi,
Kita berharap Mufti tidak bias dalam memberikan fatwa. Kita tahu kadang-kadang mereka terpaksa kerana menjaga periuk nasik mereka.