Memang kita semua mengakui fitnah lebih berbahaya daripada sebilah pedang. Sejarah juga telah membuktikan betapa banyak kerajaan yang jatuh hanya kerana angkara fitnah. Tetapi mengapa kita tidak serik-serik dengan pengajaran lampau itu.
Fitnah zaman ini nampaknya lebih cepat dan lebih kerap. Ini kerana media kita lebih cepat dan efisen. Bukan sekadar akhbar dan majalah sahaja, enternet menyumbang bahan yang begitu cepat sampai ke pangkuan kita.
Lalu banyaklah berita dan kisah yang disampaikan kepada pembaca. Terutama yang melibatkan individu penting. Alasan yang diberikan biasanya untuk menyelamatkan negara daripada individu yang nampak baik tetapi sebaliknya tidak boleh dipercayai. Jika dibiarkan dia menjadi pemimpin negara akan hancur.
Soalnya benarkah segala kisah pendedahan yang dibuat oleh mereka ini. Atas nama kebenaran atau atas nama untuk pengekalan kuasa?
Saya sendiri sebenarnya tidak berminat tentang berita-berita yang terlalu diberi keutamaan berhubung dengan seorang ketua pembangkang, seolah-olah ada agenda tertentu. Saya ingin mengambil contoh pemberitaan sebuah akhbar tentang tokoh berkenaan yang dikatakan menyokong gay dan lesbian, hanya berdasarkan pendedahan sebuah blog. Saya sendiri ada membacanya (dan saya petik sepenuhnya). Biar kita fikir dan buat pertimbangan yang saksama:
'MyMassa berjaya mengesan beberapa ‘jawapan’ ikhlas daripada Anwar mengenai dirinya yang menunjukkan wajah sebenar pengkhianat agama, bangsa dan tanah air.
Soalan pada pukul 11.53 daripada Editor Yahoo! Malaysia bertanyakan mengenai hak LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN ORANG YANG TUKAR JANTINA (LGBTS) jika Si Anwar menjadi PM yang membuatkan Si Anwar ini mengakui bahawa dia menerima golongan ini dan akan MENSEKOLAHKAN PAS UNTUK MENERIMA GOLONGAN INI.
Yela, kalau BISEKSUAL TUA MACAM SI ANWAR NI PUN PAS boleh terima, TAKKAN LA GENG-GENG MAK, ANAK IKAN dan lain-lain PAS tak boleh terima?'
Sebenarnya jawapan Anwar adalah seperti berikut: (Dipetik sepenuhnya dalam bahasa Inggeris);
11:53: Yahoo! Malaysia Editor: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment – specific to them and not other minorities- if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo! Newsroom (Malaysia))
11:55 Anwar Ibrahim: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education an PAS accept this view.
Buatlah pertimbangan yang sebaik-baiknya. Ingatlah fitnah itu lebih kejam, lebih buruk akibatnya kerana boleh memecahkan masyarakat, malah menjatuhkan sesebuah negara.
2 komentar:
Sdr: Sekian waktu dan saat kita berharap agar kebejatan tidak terus bermaharajalela. Apakah tidak tahu dan mampu untuk berfikirkah mereka? Saya kira tidak. Tetapi kenapa?
Akhirnya kita diam-diam merumuskan sendiri dengan jawapan yang kita sudah pasti.
Tidakkah Sdr?
MARSLI N.O
Marsli N.O,
Kita harus bersuara menentang kebatilan. Itulah yang termampu.
Posting Komentar