Lelaki yang menerjang senja
pulang menakluk malam
lantang membakar mujur
sumpah menjadi senjata
darah percaya terpercik merata
Al Quran dijaja di jalanan,
di masjid, di pentas politik dan media
menghurai segelas janji
mentafsir hadis dengan sinis.
Lelaki yang menerjang senja
pulang dari perjalanan jauh
berbicara tentang kebatilan
yang bakal bertandang
katanya, dia membawa dulang-dulang benar
untuk diagih-agihkan
pada malam bulan mengambang
Johor Bahru,
Mingguan Malaysia 20 Disember 2009.
5 komentar:
Salam Tuan Haji,
Tahniah atas tersiarnya puisi ini di MM. Saya akan menjadikan keprolifikan Tuan Haji ini sebagai motivasi buat diri saya yang masih mentah ini.
Salam TUAN HAJI,
Tahniah! Betul kata Sahabat kita, Cikgu Nizar. Keprolifikan tuan haji menyuntik semangat kepada kami, golongan penulis muda yang masih bertatih untuk mendaki tangga penulisan. Kesederhanaan tuan dalam mengungkapkan bicara indah benar-benar mendesak saya untuk terus berfikir...menelaah pemikiran tuan.
Tn. Hj.,
1. Benar...! kata-kata dua penulis yang juga penulis prolifik dalam kalangan guru di negeri Johor itu.
2. Tidak benar...! dua guru itu MASIH MENTAH dan MASIH BERTATIH dalam hal penulisan kreatif.
Tahniah tuan hj.
teruskan berkarya..
Md Nizar,
Terima kasih kerana penghargaan itu. Saya percaya Md Nizar juga punya potensi tersendiri dalam berkarya.
Azhar,
Seperti kata Tuan Rusdi, Sifu juga mempunyai kekuatan tersendiri, terutama dalam mencipta sajak yang baik di samping menjaga aspek kemurnian bahasanya.
Rusdi,
Saya juga guru. Sekali guru selepas itu pun guru. Kini masih menggurui diri.
ajahare,
Terima kasih atas dorongan.
Posting Komentar