Selasa, 29 Desember 2009

Suara Ledang


Sempena Mesyuarat Agong PPJ kali ke-32, sebuah antologi puisi berjudul, ‘Suara Ledang’ telah dilancarkan oleh YB Datuk Haji Baderi bin Dasuki, ADUN Kawasan Panti, Kota Tinggi.
Suara Ledang mengndungi 72 buah sajak hasil karya 42 penulis Johor. Sebelum ini PPJ telah menerbitkan dua antologi sajak, iaitu ‘Suara Selat Tebrau’ (2006) dan ‘Suara Bukit Timbalan’ (2007).
Suara Ledang diselanggarakan oleh Mohd. Rosli Bakir dan Mohd. Taufek Mahmud. Di antara penyair Johor yang menyumbangkan karya termasuklah Amiruddin Ali (Ketua Satu PPJ), Shamsudin Othman, Mohd. Kasim Mahmud, Nazim Mohd. Subari, A. Hamid Jemain, W.B. Rendra, Rahimah Muda, Saadiah Hj. Ibrahim, dan Zolkifli Alib (sekadar menyebut beberapa nama).

2 komentar:

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Tahniah kepada PPJ atas penerbitan Suara Ledang ini! Inilah semangat yang amat kita sanjungi, menghasilkan sesuatu untuk tatapan dan akan kekal lestari untuk santapan generasi. Saya tidak sabar-sabar untuk menelaah puisi rakan-rakan sekalian!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Saya rasa terkilan juga apabila mendapati sajak Sifu tidak ada dalam antologi ini.