Senin, 25 Juli 2011

Puisi adalah Nasi yang Kusuap Tiap hari.

Memang aku bukan penulis. Bukan juga penyair, tetapi aku begitu berminat dengan karya sastera terutama sajak, cerpen dan novel. Memang aku meratah puisi sejak di Tingkatan Lima lagi. Hingga berjaya masuk Maktab Perguruan, menjadi guru, seterusnya menyambung belajar di universiti, aku tetap menjadikan puisi/sajak sebagai makan rohaniku setiap hari. Banyak sudah buku puisi, atau kumpulan puisi yang menjadi koleksiku. Aku suka membaca sajak-sajak Chairil Anwar, Amir Hamzah, W.S Rendra, Sitor Situmorang, Sutardji, Kasim Ahmad, Usman Awang, A.Samad Said, T. Alias Taib, Latif Mohidin, Muhammad Haji Salleh, Suhaimi Haji Muhammad, Kemala dan banyak lagi.
Sebelum tidur biasanya aku akan mencapai buku sajak dan membaca beberapa buah sambil menikmati kenyamanan rasa dan ilmu dari sajak-sajak yang indah itu.

Sesungguhnya aku bukan penyair atau penulis. Aku hanyalah guru yang suka menulis dan membaca karya sastera.

2 komentar:

MARSLI N.O mengatakan...

Salam Tuan Haji: Tidak kisah penyair atau bukan. Yang penting apa yang ditulis dengan hati jujur atau tidak. Dan Allah Maha Mengetahui.

Jangan risaukan gelaran di fana dunia, Tuan Haji.

MARSLI N.O

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Benar seperti apa yang sdr. katakan bahawa apa yang penting ialah kejujuran. Penyair atau penulis mesti jujur. Cuma kadang-kadang saya ingin jujur kepada diri. Itu saja.