Sabtu, 01 Agustus 2009

Seratus Hari

Tanah perhitungan kembali diwariskan
payung kepercayaan kembali dikembangkan

Seratus hari seratus malam suara-suara mendesak
seratus mimpi tersaji di meja amanah
seratus hari menunda-nunda resah
berangkat kerusuhan
ada gusar, ada jalan penyelesaian

Hari-hari mendatang tentu penuh cahaya
di wajah pembangunan
tentu ada parut getir di wajah sengketa
menerpa mendung di hujung musim

Payah menduga sejauh mana percaya
sebelum menyelam ke dasar sukma padahnya

Seratus gimik perubahan
seratus menara persoalan


Shapiai Muhammad Ramly
Parit Besar Batu Pahat, Johor.

Mingguan Malaysia, 2 Ogos 2009.

7 komentar:

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Dah selamat sampai di rumah? Sambil merehatkan otot-otot yang kejung dek dakian semalam, sempat saya menghayati keindahan "Seratus Hari". Memang indah. Malam tadi, deklamasi puisi ayahanda pun tak kurang hebatnya. Ada getaran mengasyikkan di balik suara veteran itu, hehe. Macam Pak Samad Said gitu!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Ala, janganlah puji sangat. Ayahanda ni dah tua. Bacapun mendatar aje. Tak boleh samakan dengan A. Samad Said SN tu.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
1. Tahniah atas siaran puisi ini dalam Mingguan Malaysia.
2. Mungkinkah akan muncul satu puisi khas tentang Gunung Ledang yang berjudul '100 Impian Legenda'.
3. Berehatlah sepuasnya dahulu Tn. Hj. setelah berkampung 2 malam di kaki Gunung Ledang. Terima kasih atas komitmen penuh di sana itu.

faziz ar mengatakan...

salam berkenal
mohon lalu menikmati puisi tuan..

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

salam tn.hj. yang dihormati. tn.hj,
'di sini' banyak yang perlu saya pelajari daripada tn.hj.

Sham al-Johori mengatakan...

Kanda,
jangan dibilang hati itu kerana tanpa dimintapun ia akan mendekati kita.
Amin. Tahniah atas puisi terbaharu semalam.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Terima kasih.
Sedap pula tajuk '100 Impian Lagenda' tu.
Terima kasih lagi sekali kerana pernan En. Rusdi dan DBPWS dalam menjayakan program Gunung Ledang ini memang jelas sekali.

faziz ar,
Salam perkenalan.

Rendra,
Saya juga perlu belajar dari Rendra.

Shah al-Johari,
Seronok bila ada peluang bertemu dan bertukar-tukar fikiran dengan tuan pensyarah. Pengalaman GL mengimbau melebihi 100 hari.