Kamis, 03 Maret 2011

Siapakah yang lebih cerdik.

Mahathir ketika ditemuramah di Jakarta oleh wartawan Indonesia, menjawab soalan yang dikemukan kepadanya oleh wartawan di sana,’Apa pendapat tuan, jika di sini kami melihat tuan sebagai Sukarno kecil?’ Mahathir menjawab, ‘Di negara saya sendiri, mereka hanya mengenal saya sebagai Mahathir kecil.’
Anwar Ibrahim pula sedang berucap ketika Malaysia dan Indonesia ada krisis tentang jati diri. Soal batik disentuh oleh Anwar. Katanya, ‘Jika saya memakai batik Indonesia, nanti ada yang menyatakan saya memihak kepada Indonesia. Jika memakai batik Malaysia, nampak jelik, jadi lebih baik saya memakai batik Afrika.’ Sambil disambut ketawa oleh audien.
Awang Selamat semasa memberi komen terhadap kenyataan Anwar menyatakan kalau dia ditanya tentang isu batik dia akan menjawab begini, ‘Batik Indonesia bagus, tetapi batik Malaysia juga bagus.’
Tentu kita dapat menilai kenyataan siapakah yang lebih bijak dan cerdik.

3 komentar:

MARSLI N.O mengatakan...

Tuan Haji: Seronokkan kalau membaca secara terbalik, sesekali?

MARSLI N.O

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Untuk membaca terbalik perlu menterbalikkan fakta.

Mutalib attholib mengatakan...

Cerdik tampak pada kata-kata.. Namun di sebalik itu, hati budi juga boleh terbias sama..