Rabu, 15 Oktober 2008

Mendambakan kejayaan si anak.

Aku sempat berbual-bual dengan Zam Ismail tentang anak-anak. Razak yang baru mempunyai seorang anak (Kini sudah darjah enam) hanya menjadi pendengar sahaja. Kata Zam anak-anaknya berjaya dalam pelajaran kerana dia membebaskan cara mereka belajar. Kadang-kadang dia sendiri amat takut bila melihat anak-anaknya itu seperti mengambil mudah terhadap pelajaran. Misalnya anak bongsunya Hawa, semasa SPM hampir, dia masih sibuk dengan kumpulan Ghazal sekolahnya. Buat persembahan sana-sini. Ketika ditawarkan belajar di sekolah Asrama penuh dia sendiri menolaknya kerana menganggap belajar di mana pun sama. Kini anaknya sudah menamatkan pengajian di Universiti dengan mendapat kepujian kelas pertama. Begitu juga anak pertamanya yang berjaya meraih kepujian kelas pertama di sebuah Universiti di England dalam bidang guaman . Kini berkerja dengan gaji RM24,000 sebulan.

Tugas kita sebagai bapa hanya memberi dorongan. Seboleh-bolehnya jangan berikan tekanan kepada mereka. Itu sahaja tips yang diberikan oleh Haji Ismail Zamzam yang terkenal dengan nama Zam Ismail itu..

Dia sendiri menceritakan bagaimana seorang temannya yang pernah menjadi seorang pegawai tertentu di sebuah jabatan (Katanya semua orang mengenalinya terutama dalam bidang pendidikan). Dia begitu menaruh harapan terhadap anaknya supaya menjadi seorang doktor. Memang anaknya seorang yang cerdek dan akhirnya berjaya dalam pengajian kedoktorannya di luar Negara. Apabila pulang terus menyerahkan ijazah yang diterimanya kepada si ayah sambil berkata, ‘ Ini ijazah yang ayah perlukan. Saya sudah melaksanakan hajat ayah. Saya tidak perlukannya lagi.’

Si bapa bertanya hairan,’ Kenapa serahkan sijil ini kepada ayah?’

‘Sebab ayah yang memerlukannya. Saya akan ke Kuala Lumpur kerana saya sudah mendapat tawaran kerja sebagai wartawan di sebuah syarikat akhbar terkenal. Saya tidak akan menjadi doktor.’

Ada lagi kisah seorang anak dari seorang tokoh budaya yang terkenal pernah menceritakan kepadanya, bagaimana dia tidak ada perasaan sayang keapda bapanya, kalau adapun cuma rasa hormat sahaja. Kenapa? Anak itu yang kini juga sudah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya menyatakan bahawa sepanjang hidup bersama bapanya, dia tidak pernah menerima perasaan kasih saying seorang bapa. Ayahnya seorang diktator dalam sebuah kerajaan rumah tangga. Mujurlah mereka mempunyai seorang ibu yang cukup penyayang seperti malaikat.

Untuk menentukan masa depan anak-anak perlulah memahami diri mereka, bukan meminta mereka memahmi hasrat kita sebagai bapa.

3 komentar:

MOHD SHAH IBRAHIM mengatakan...

Sdr Shapiai,
ayat terakhir sama seperti apa yang saya rasa dan saya mematuhi rasa itu dengan tidak memaksa anak-anak.
Rasanya kita pernah berjumpa di Kulai (?)
Saya pernah mengajar di STARP 1978-1981. Maaf kalau tersilap.

dariana mengatakan...

Salam. Tkasih kerana ziarah laman saya beberapa bulan lalu. saya ketemui ini dan tiba mahu melihat kesunyataan.dah hampir lapan bulan saya berada di rumah sejak discaj wad 7.3.2008. alhamdulillah. afiat walau masih dalam rawatan ubat dan doa. saya juga guru dan sepatutnya masih bertugas.tetapi keuzuran kronik saya yg disahkan pakar perubatan, saya kini dalam cuti istirehat. dah setahun saya tak ke sekolah! namun hati ini hari2 terpandang wajah rakan2 guru dan wajah pelajar2 di sekolah. tapi hanya dalam ingatan.
ayah saya juga guru/ustaz. pernah dia sebut satu hadis: sebaik2 amal ialah pengajar ilmu. lantas itu saya bimbing anak2 saya ke situ.alhamdulillah mereka nampaknya redha dan bersyukur!
yg sulung L pensyarah UPSI.kedua P (UIAM)guru di kelantan, ketiga P guru (UM) di sabah.ke4 L tahun akhir fakulti pendidikan UM, ke5 L menunggu posting setelah tamat mesir, ke6 L STPM dan ke7 P PMR tahun ini.
ingat puisi almarhum dr Usman Awang yg dibacakan setiap hari guru?...

Sdr. saya ingin mengirim sambil mohon sokongan sdr memiliki dan menatap buku antologi terbaru saya NEGERI DI BAWAH BULAN.Terbitan kos dan edaran sendiri. Boleh saya dapatkan alamat sdr dan catatkan pada ruang 'chat' pada website saya? ok...selamat berkarya kerana Allah.