Keris sebilah itu
dilemparkan ke penjara sepi
orang Melayu
malu menyisip keris di pinggang
keris tergantung tenang
di dinding nyatuh sejarah
....
Merupakan Kumpulan Puisi kedua selepas 'Melihat Kesunyataan'. Mengandungi 101 buah sajak sejak 1994 hingga 2008.
7 komentar:
Tuan,
Saya berterima kasih kerana saya telah tuan hadiahkan senaskah tempuh hari. Sebagai anak murid, saya sedang membaca sajak-sajak tuan dan menjadikan sebagai azimat untuk panduan saya menulis sajak-sajak saya kelak. Semuga berjaya dan Selamat berpuisi.
Pak Alang,
Bagaimana saya boleh tertinggal membeli Kumpulan Puisi ini? Pada minggu lalu setelah membelek-beleknya beberapa ketika dan bercadang untuk membelinya saya sangka telah diselitkan dalam timbunan buku yang telah saya pilih tetapi tiada pula. Bagaimna boleh saya dapatkannya dan juga 'Melihat Kesunyataan'?
Assalamualaikum Shima,
Saya memang bercadang nak hadiahkan satu kepada Shima, tapi bila dah waktu balik terlupa pula. Nanti saya poskan ke UiTM, Segamat.
Salam kanda,
Wah, tahniah akan kelahiran 'anak kandung kreatif' ini. Sudi kiranya saya juga ingin memiliki 'kitab puisi' ini.
Tak sabar untuk ditatap renung.
Salam rindu.
Tahniah atas kelahiran kumpulan puisi. Andai ke DBP singgah-singgahlah di tingkat 30. Jangan lupa bawakan sekali puisinya.
al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
good news...
bakalan kesini lagi tuch
Terima kasih kerana bercadang menghadiahkan saya.
Begitu juga dengan ucapan tempoh hari. Saya redha di atas ketentuan Allah.
Posting Komentar