Kamis, 29 Januari 2009
Six Years in The Malay Jungle
Buku ini ditulis sekitar tahun 1924 oleh Carveth Wells, seorang jurutera yang terlibat dalam pembinaan keretapi di Tanah Melayu. Apa yang menarik apabila beliau menceritakan pengalaman beliau selama 6 tahun berada di Malaya (Tanah Melayu) ketika itu. Sudah tentu beliau mempunyai pandangan yang menarik terhadap siapakah ‘Orang Melayu’. Dalam bukunya yang diterbitkan pertama kalinya di New York pada tahun 1925, kemudian diterbitkan kembali di Malaysia pada tahun 1991 banyak menceritakan pengalamannya bersama orang-orang Melayu. Menurutnya orang Melayu terlalu percayakan tahyul, seperti penunggu, semangat dan hantu. Bila menyentuh tentang Melayu, dalam bukunya ada menggambarkan sebagai berikut:
The Malays are Mongoliangs, and vary in colour from nearly white to the colour of chocolate. Their hair is usually black and straight and the girls often have quite nice complexions, a kind of a mixture between a peach and a cup of coffee. A girl thinks she is perfectly lovely if she has a yellow face. Both the men and the woman wear skirts called “sarongs.” The word sarong means an envelope in the Malay language, so they dress in envelopes. The don’t use buttons, hooks, eyes, or strings and yet their clothes don’t come off as easily as you would think. It takes them only a few seconds to dress and best of all, thye dress and undress without undressing!
Malay parents never punish their children and the children always seem to be happy and contented. They eat when they like, sleep when they like, and go to shool when they like. The girls marry when they are about twelve and the boys when they are about fourteen.’Satu hal yang menarik apabila orang Melayu bila berjumpa dengan orang putih mereka akan selalu berkata ,’ Tabik Tuan!’ Pada ketika itu orang Inggeris sentiasa dipandang tinggi dan jelaslah kita pada ketika itu bertuankan orang Inggeris.
Dalam buku ini juga ada menceritakan tentang Tok Janggut yang dikatakan sebagai penderhaka dan pemberontak. Orang Melayu percaya bahawa Tok Janggut keramat dan kebal. Tapi akhirnya berjaya dibunuh oleh tentera bantuan yang dibawa dari Singgapura. Ketika kejadian pemberontakan ini berlaku penulisnya berada di Kelantan.
Membaca buku ini, memang menarik untuk direnungkan!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
3 komentar:
Salam.. kali pertama kita bertemu di ruangan ini.. Bagaimana boleh saya dapatkan buku ini? Ada di YWJ ke? menarik kisahnya... lagi menarik juga tuan haji buat sikit autobiografi masa kecik-kecik dahulu dlm blog ini.. terima kasih.
Assalamualaikum Ust.,
Buku 'Six Years..' ini saya beli lama dulu. Baru jumpa balik semasa mengemas-ngemas. Menarik kerana berisi pandangan orang Barat terhadap orang Melayu kita.
Tentang autobiografi masa kecil-kecil dulu...inshahAllah. Tapi Ustz kena cerita dulu.
Salam kanda,
Jangan lupa juga 'kitab puisi' kanda tu.
Begitulah, orang Melayu hari ini lebih memepercayai apa-apa yang dilihat oleh mata luar daripada mata sendiri. Pertembungan itu memungkinkan kebenaran dan juga memungkinkan kepalsuan.
Kita melihat bukan shj dengan mata tetapi dgn roh dan jiwa.
Hehehe
Posting Komentar