Senin, 19 Januari 2009

Pada Hemat Saya

Calon PAS di bawah Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya di Kuala Terangganu dengan majoriti 2,631 mengalahkan calon BN dan Bebas. Ini adalah kemenangan kedua pilihan raya kecil selepas kemenangan calon PR (Keadilan) di Permatang Pauh.

Harakah sendiri semasa mengulas kemenangan calon PAS, menyatakan bahawa kemenangan itu adalah lebih kepada undi golongan muda. Dalam ulasan Astro Awani malam tadi salah seorang penganilisis menyatakan golongan muda cuma 30% turun mengundi. Ini bermakna golongan dewasa yang selama ini berada ‘atas pagar’ telah memainkan peranan mereka untuk memenangkan parti PAS.

Pihak UMNO sendiri masih belum berapa pasti apakah punca kekalahan mereka. Satu ‘post mortem’ akan dilakukan bagi mengetahui apakah punca sebenarnya BN tidk lagi menjadi parti pilihan rakyat.

Dato” Rais Yatim semasa mengulas kekalahan BN menyatakan bahawa dengan kekalahan itu menunjukan bahawa demokrasi masih wujud di Malaysia. Benarkah? Dengan mengadakan pilihan raya, dan seterusnya pihak kerajaan kalah boleh dijadikan indikator kepada keadaan demokrasi di sesebuah negara. Sebenarnya rakyat di negara ini lebih bijak memahami apakah takrif sebenarnya, ‘demokrasi’. Sebagai contoh, demokrasi juga seharusnya merujuk kepada keadilan semasa berjalannya proses pilihan raya itu. Rakyat terbanyak ingin melihat bagaimana saluran penerangan seperti TV dan media kerajaan seharusnya memberikan liputan yang sama adil kepada semua parti yang bertanding. Kalau kita melihat sebelum pilihan raya di Kuala Terangganu atau di mana saja sebelum ini terdapat liputan yang berat sebelah. Biasanya pihak kerajaan akan mendapat gambaran yang begitu selesa dan sempurna jika dibandingkan dengan parti pembangkang. Kalau ada pun berita atau gambaran yang cuba diketengahkan tentang parti lawan semuanya yang berbentuk negetif. Rakyat semakin bijak melihat semua ini. Sepatutnya pihak media lebih bertanggungjawab dan adil dalam penerbitan berita atau apa saja informasi. Cubalah gambarkan secara adil tanpa memberi ulasan yang berlebihan. Kalau pihak media misalnya meminta pendapat seorang menteri daripada pihak BN, sepatutnya berikan pula peluang yang sama kepada pihak pembangkang untuk memberi pandangan mereka. Apa yang sering berlaku ialah, pihak pembangkang hanya diberi peluang yang amat terhad. Kadang-kadang rakyat yang menonton atau membaca media berkenaan akan terasa muak dengan gambaran yang terlalu bias kepada sesebuah parti sahaja.

Janganlah kita berasa khuatir kerana penonton dan rakyat kita sudah bijak berfikir. Jangan sampai mereka muak dan menyatakan protes mereka melalui peti undi. Kita juga akan rugi.Ini hanyalah satu contoh bagaimana demokrasi di negara kita dilaksanakan.

Meskipun mantan PM Dr. Mahathir menyatakan kekalahan BN kerana faktor calon yang tidak sesuai. Beliau sebenarnya awal-awal lagi tidak menyetujui calon UMNO ini yang menjadi proksi Perdana Menteri YAB Dato’ Abdullah Badawi. Pendapatnya juga perlu diberi perhatian.

4 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

tuan haji yang dihormati,
saya teringatkan seorang teman yang bercinta dengan kekasihnya. teman saya berjanji membina istana dari warna pelangi. tapikan mustahil membina istana dari warna pelangi? kekasihnya (mungkin) sedar ia tidak mungkin, dan sangat kecewa. dia lalu meninggalkan teman saya dan pergi kepada seseorang yang pernah ditolak cinta dan harapannya (tentu:kerana dia sudah habis/tiada pilihan).

sham aljohori mengatakan...

Salam kekanda Shapiai,
Kekalahan umno disebabkan oleh faktor;
i. tewas oleh media perdana yang terlalu menjijikkan.
2. orang umno yang tidak lagi sanggup bersekongkol dgn rasuah dan penipuan.
3. tiada calon yang benar-benar bersih dan berwibawa.
4. janji-janji pembangunan yang tidak lagi masuk dek akal manusia normal.
5. umnolah satu-satunya parti di dunia ini yang sudah lupa daratan dan membunuh nasib bangsanya sendiri.
6. umno kini dianggap parti untuk orang kaya dan ingin terus menjadi kaya raya. (tiada tempat untuk orang miskin di dalam umno).
7. umno berjuang untuk poket dan kedudukan sendiri bukan lagi bertradisi membela rakyat.

UMNO: SELAMAT MENUJU KEHANCURAN.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Pada hemat saya pula, saya sangat bersetuju dengan hemat tuan haji! Ya, UMNO tewas bukan kerana parti PAS kuat, tetapi kerana UMNO sangat lemah! Daripada pangkah parti yg mengamalkan rasuah, lebih baik pangkah calon lawan, walaupun mungkin sebatang pokok pisang! Dunia akhir zaman, tuan haji...!

Citra Delima mengatakan...

Syabas! Tuan haji yang memberi pandangan yang begitu berkesan dan kepada mereka yang membuat komen pun saya ucapkan terima kasih. Kalau semua orang melayu berfikir seperti itu, tentu satu hari nanti parti lain yang dapat memerintah negara ini. Apa yang saya sarankan adalah, nasib baik dipilihanraya tidak ada calon bangsa lain. Kalau Melayu menang tak apa lah walau dari mana parti sekali pun. Jangan pulak kalau berlaku lagi pilihanraya, lain pula terjadi nya. Melayu tewas di tanah air nya sendiri. Pukul anak sindir menantu lah.