Setiap ketika
manusia sibuk mendirikan singgahsana keangkuhan
dari batubata perbezaan faham
bahagia bukan sekadar kata, tapi rasa
benar pula bukan sekadar teks yang berbeza
antara manusia fizikal
dan manusia yang rohani.
Siapakah yang lebih adil
mewaraskan perang
menumpahkan gelas-gelas persaudaraan
menghirup darah kematian di depan mata
Si Kaliber dunia dan si Angkuh
menghukum dengan senjata
Si ontologis dan si lumrah biasa
kehilangan hutan perasaan, sungai sabar
dan tasik pertimbangan
Siapakah yang lebih arif mentafsir
teks yang berbeza
kemenangan dalam kebenaran.
Shapiai Muhammad Ramly
Seri Wangsa, Batu Pahat, Johor.
11 Januari 2009.
3 komentar:
Salam Tuan Haji,
Marilah kita doakan sama-sama agar burung ababil dihantar sekali lagi oleh Allah ke atas bangsa laknat itu! Setelah membaca Teks Perang ini, saya percaya bahawa perang bukan hanya membunuh warga tidak berdosa, tetapi meruntuhkan tembok maruah agama! Tidak perlulah mengaku negara ini negara Islam, jika langkah untuk memboikot barangan AS dan sekutunya tidak berani dilakukan secara perdana!
http://witra.blogspot.com
Sdr. Azhar,
Terima kasih kerana respon yang diberikan terhadap sajak,'Teks Perang'. Saya juga percaya sdr. Azhar begitu simpati dengan mangsa Zionis di Plastine seperti dalam sajak saudara, 'Bara di Gaza'.
Salam Pak Lang
tahniah, puisi yang berwatak dan mengesankan...
Posting Komentar