Minggu, 16 Agustus 2009

Bicara Karya


Tiga buah buku karya penulis Johor akan diperkatakan sempena program ‘Bicara Karya Sastera Johor 2009’ anjuran DBPWS bersama Bahagian Teori dan Kritikan Sastera DBP dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ).
Majlis tersebut akan diadakan pada 20 Ogos 2009, hari Khamis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja, Muda, Parit Jawa, Muar, Johor. Mulai jam 9.30 pagi.
Tiga buah buku berkenaan ialah sebuah Kumpulan Puisi, ‘Keris Sebilah Itu’ karya Shapiai Muhammad Ramly,‘Mazhab Cinta’ oleh W. B. Rendra dan ‘Meniti Batas’ karya Zulkifli Khair.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Terima kasih atas promosi percuma tentang program kecil-kecilan cuma ini.
Jika Tn. Hj. bersedia untuk buat jualan buku, pihak tuan rumah ada sediakan ruang untuk hal ini.

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Tahniah, keris sebilah itu terpilih untuk dibicarakan dalam "Bicara Karya"!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Sifu Azhar Salleh membicarakan karya saya tu. Cantik kupasannya, sampai saya malu pula dibuatnya dek kerana banyak sangat dia memuji.

Citra Delima mengatakan...

Tuan Haji,
Terpegun saya pertama kali menghadiri majlis seumpama itu, tambah pula buku yang di bicarakan adalah buku Tuan Haji dan anakanda Ren. seronok juga, nanti kalau ada peluang lagi bawa saya, terima kasih kerana diberi peluang.