Kamis, 13 Agustus 2009

Kembara Wangsa



Pada 9 – 11 Ogos lepas sempat menyertai ‘Kembara Wangsa’, iaitu suatu program menyusur Sungai Johor, Kota Tinggi dan sesi perbengkelan tentang bagaimana membangunkan tapak-tapak sejarah di sepanjang Sungai Johor. Peserta terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat (Adun negeri), pensyarah-pensyarah universiti, ahli-ahli sejarah, NGO dan peserta luar negeri (dari Kepulauan Riau).
Tujuan ‘Kembara Wangsa’ lebih kepada mengenal pasti lokasi atau tapak-tapak sejarah di sepanjang Sungai Johor yang sesuai untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.




Aktiviti lawatan bermula pada 10 ogos, jam 9.00 pagi di Jeti Kota Tinggi. Turut sama dalam kembara itu ialah YB Datuk Hj. Ahmad Zahri Jamil, YB Asiah Md. Arif, Dato’ Latif Yusof, Dato’ Ishak Amin, YB Dato’ Haji Dasuki, Datuk Dr. Adham Baba, Dato’ Maulizan Bujang, Datuk Harun Abdullah, YB Hamimah Mansor, Datuk Hamsan Saringat dan Datuk Ir Haji Abu Bakar Ahmad.


Tempat-tempat yang menjadi tumpuan ialah di Batu Sawar, Seluyut, Panchor dan juga Johor Lama. Rombongan ini telah mengenal pasti beberapa tempat yang mempunyai bukti tinggalan kerjaan Johor lama seperti bekas kota, kubu pertahanan, makam sultan dan bekas petempatan dan pelabuhan. Lokasi sejarah yang masih boleh dikenal pasti seperti Kota Johor Lama, Seluyut, Batu Sawar, Kampung Makam dan Panchor.
Dalam sesi perbincangan selepas lawatan diharap dapat memperolah pandangan-pandangan, cadangan-cadangan yang kongkrit untuk dijadikan rujukan dan garis panduan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan pembangunan dan pemuliharaan tapak-tapak sejarah di sepanjang Sungai Johor.

6 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Seronok dan selamat kembara ini, bot terkawal dalam keselamatan terjamin, layanan dan jagaan lima bintang kerana ramai VVIP ada di situ..., namun kembara ke Pulau Pisang penuh cabaran serta selang seli dihempas 'ombak kecil ketakutan'...
hehehe...

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Sudah pasti saya sedang menunggu buah pena tuan tentang Kembara Wangsa! Nukilan kreatif seorang pemikir puisi yang kritis, namun penuh kesantunan dan makna...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Saya ni tumpang tui aje. Sesekali nak rasa juga sambutan kompang oleh penduduk kampung. Meskipun bukan untuk kita. Tapi rasa macam YB juga. Dah lama jadi YB baru rasa sambutan begini.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Sempat juga saya menyiapkan sebuah sajak dan sempat pula dideklimasikan depan YAB MB malam selepas menyusur sungai.
Tapi rasanya macam tak sedap pula. Maklumlah dicipta secara terkocoh-kocoh.

Ahmad Nawawi Yaakob mengatakan...

Seronoknya.. kenapa tak jemput kami turut sama... teruja nak lihat kesan sejarah bangsa kita...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ust. Ahmad Nawawi,
Bolehkah Ustaz keluar dari kampus kerana dengar khabar kena kurintin sebab ada dikesan wabak H1N1? Kalau tidak tentu kami akan ke sana pada 14 Ogos ini. Diharap keadaan negara kita akan terkeluar dari ancaman wabab ini.