Minggu, 23 Agustus 2009

Keris Sebilah Itu


Terima kasih kepada En. Azhar Salleh kerana sudi memperkatakan kumpulan puisi ‘Keris Sebilah itu’. Tidak lupa juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) atas usaha mengadakan program ‘Bicara Karya’ pada 20 Ogos lalu, bertempat di Sek. Men. Keb. Raja Muda, Parit Jawa, Muar, Johor.
Azhar Salleh menilai dari sudut konseptual yang menjurus kepada pengalaman saya sebagai seorang pendidik. Memang benar wajah pendidik masih kental dalam diri saya, meskipun sudah bersara saya tetap seorang guru. Seorang guru yang menggunakan penulisan sebagai wadah untuk mendidik diri dan juga pembaca.
Terima kasih sekali lagi kepada Sdr. Azhar Salleh dan tidak lupa juga kepada En. Rusdi Abd. Rahman, dari DBP Wilayah Selatan yang memilih kumpulan puisi saya untuk diperkatakan pada hari itu.

8 komentar:

sahrunizam abdul talib mengatakan...

Tahniah Kanda Shapiai dengan "Keris Sebilah". Tetapi persoalannnya mengapa dah tinggal sebilah je. Rasa-rasanya sebelum ni dua bilah.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Sahrunizam,
Terima kasih. Saya pun kurang pasti, tapi memang keris itu tinggal sebilah hehe.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Tuan telah 'mengecewakan' saya kali ini kerana tuan menolak 'borang wajib' yang saya hulurkan tempoh hari... itu borang yang wajib saya berikan serta tuan kena isikan demi jemputan khas buat tuan...
Hehehe...

Apa-apapun saya 'berangan-angan kosong' terlebih dahulu untuk membikinkan satu program khusus buat Tn. Hj. iaitu memperkatakan khusus tentang karya dan pemikiran serta pengalaman peribadi Tn. Hj. selaku mantan guru / pensyarah suatu hari nanti... tidak kira kecil-kecilan sekalipun... benarkan saya 'berangan-angan' dahulu ya...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
banyak borang perkara borang
borang wajib ramai nak tahu
banyak program telah dirancang
harap tuan sihat selalu
Apa-apa pun tahniah kepada En. Rusdi dan DBP Wilayah Selatan kerana program 'Bicara Karya' menjadi program wajib setiap tahun.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Keris Sebilah Itu perlu dibaca oleh setiap individu yang berbangsa Melayu. Puisi ini sarat dengan harapan seorang Melayu yang cinta akan bangsa, bahasa dan agamanya. Ya, perjuangan ini menjadi ibadah. Tentang angan-angan RAR, saya sokong 100% dan lazimnya, angan-angan RAR akan menjadi realiti kerana RAR sentiasa "Melihat Kesunyataan".

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Ada benarnya kata Sifu Azhar itu, angan-angan itu mungkin akan jadi kenyataan (tapi bukan janji - namun usaha ke arah itu kena kuat).

Berbanyak terima kasih atas kiriman 3 puisi tema GL itu, setakat ini masih ramai penulis belum mengirimkannya... sama-sama kita bantu hasrat pihak Taman Negara Johor itu.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Kadang-kadang saya pun ingin melastik ke bintang, tapi dikhuatiri yang jatuh hanya seekor lalat.

Rusdi,
Terima kasih lagi sekali atas cadangan yang bermula dengan angan-angan itu. Sama-samalah kita melastik ke bintang.

Sajak-sajak tu sesuai ke?

MARSLI N.O mengatakan...

Bagaimana mendapat Melihat Kesunyataan? Kalau masih ada, mohon emaili saya maklumat bank dan harga buku.

marslino@yahoo.com