Rabu, 26 Agustus 2009

Nusajaya


Saya berkesempatan meninjau Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor di Nusajaya.
Kota Iskandar telah pun siap sepenuhnya. Kebanyakan Pejabat Kerajaan Negeri, terutama Pejabat pentadbiran termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun berpindah secara berperingkat sejak beberapa bulan yang lalu.
Dianggarkan 76 jabatan kerajaan akan bertumpu di Nusajaya, yang akan memudahkan lagi orang ramai berurusan dengan kerajaan, selaras pendekatan pentadbiran yang mesra rakyat.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Nusa Jaya itu rasanya tiada pejabat atau organisasi persuratan, budaya, seni dan bahasa terletak atau duduk di situ setakat ini; sedangkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negari Johor (JKKNNJ) masih kukuh kekal di Jalan Wong Ah Fook tanpa ada Taman Budaya yang tersendiri...? DBPWS sendiri berbaris bersama pekedai dan pihak swasta lain di lot kedai Larkin Perdana...?
Saya sudah ke sana tetapi masih 'gersang dan lapang' sahaja...

FadzliAbuBakar mengatakan...

Sungguh bergaya...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Memang benar banyak kawasan masih lapang. Harap-harap proses pembangunannya akan berjalan dengan baik tidak melupakan identiti budaya dan bahasa kita.

Fadzli,
Siapa jurufotonya..hehe

MARSLI N.O mengatakan...

Salam Sdr Shapiai: Saya telah terima MELIHAT KESUNYATAAN. Sungguh pantas kirimannya. Terima kasih.