Senin, 03 Agustus 2009

Pengucapan Puisi Alam Gunung Ledang


Penyertaan 25 orang penulis Johor , terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ) dalam satu program menarik, iaitu ‘Pengucapan Puisi Alam Gunung Ledang’ (PPAGL) anjuran Perbadanan Taman Negera Johor. Program PPAGL ini adalah dengan kerjasama PPJ sendiri dan juga DBPWS serta Yayasan Warisan Johor (YWJ).

Program ini bermula dengan aktiviti mendaki Gunung Ledang pada sebelah pagi 1 Ogos 2009. Pengalaman mendaki Gunung setinggi 4187 kaki terus dirakamkan dalam bentuk bait-bait puisi oleh semua peserta. Seterusnya mereka dipilih untuk mendeklamasikan sajak-sajak tersebut pada malamnya.

Majlis deklamasi PPAGL pada sebelah malam itu telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Daerah Ledang, iaitu En. Harun Nazri Isa. Hadir sama ialah wakil rasmi Pengarah Perbadanan, iaitu Timbalannya En Hasnizan Hamzah, Pengarah YWJ Haji Jama Johan dan Pengarah DBPWS Pn. Hajah Nor Hashimah Ali.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para penulis terhadap alam melalui pengkaryaan dan deklamasi puisi.

Penulis PPJ yang hadir yang turut mengambil bahagian ialah Shamsuddin Othman, Mohd. Taufik Mahmud, Hj. Khairy Hj. Halimi, Hamzah Hamdan, Rosli Bakir, WB Rendra, Aman Shukor, Yahya Suib, Zulkifli Jamadir, Siti Hadijah Sunuk, Asnani Lasiman, Rahimah Muda, Zulaiha Paikon, Khuzaimah Sirat dan beberapa orang lagi termasuk Ketua Satu PPJ, Sdr. Amiruddin Md. Ali Hanafiah.
Dua penulis yang tidak asing lagi dari Kuala Lumpur yang turut bersama menjayakan program itu ialah Rahimidin Zahari dan S.M. Zakir.

Sesungguhnya keterlibatan DBPWS bersama orang kuatnya En. Rusdi Abd. Rahman dan En. Abdul Aziz, Pegawai PTNJ Gunung Ledang banyak membantu kelancaran keseluruhan program yang sangat bermakna itu. Semoga hasrat untuk menerbitkan sebuah antologi puisi yang bertemakan alam dan Gunung Ledang akan dapat direalisasikan tidak berapa lama lagi.

7 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Foto-foto Tn. Hj. dalam rakaman kamera rasmi DBPWS dan kamera murah peribadi saya boleh saya tolong salin untuk simpanan Tn. Hj. agar koleksinya banyak dalam pelbagai sudut. Insyaallah.

Terima kasih atas ucapan itu... saya minat dan sayang menggerakkan pelbagai program buat para penulis dan penggiat sastera dan bahasa yang terjangkau dan termampu seadanya oleh saya. Itu prinsip saya dalam soal ini... selagi ada daya sebarang rintangan harus ditempuhi.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Memang penghargaan patut diberikan kepada En. Rusdi dan DBPWS kerana selama ini pun DBPWS cukup iltizam dalam perkembangan bahasa dan sastera khususnya di Johor ini.
Sesungguhnya PPJ mendapat banyak manfaatnya.
Terima kasih lagi sekali.
Budi yang baik tetap tersemat di hati.

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Sudah banyak koleksi puisi alam jaya dinukilankan?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Belum ada kesempatan untuk menulis. Balik saja dari GL tempoha hari, emak mertua saya pula meninggal dunia pada 3 Ogos lepas. Jadi sekarang masih belum mampu untuk berkarya.

ABDUL LATIP mengatakan...

Salam Puisi Gunung Ledang.
Tentu banyak dapat idea dari program ini. Cuma kekadang idea itu dapat dirakamkan menjadi karya dalam masa terdekat tetapi ada pula ketikanya mengambil masa yang agak lama juga.

Saya teringin juga hendak mendaki Gunung Ledang suatu hari nanti. InsyaAllah.

Mawar mengatakan...

Pak Lang (rupanyan pakar teh tarik),

wah ke GL, tak mengajak kita.
mahu juga mencari tapak si puteri GL sambil melakar cerpen baru.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Abdul Latip,
Elok kalau tuan dapat merasai keakraban GL, meski tak bertemu tuan puteri tetapi sekurang-kurangnya dapat ilham untuk sebuah novel sejarah tentang Sultan Melaka itu. Menarik untuk dinovelkan.

Mawar,
Pak Lang berpendapat kisah Gunung Ledang itu cukup menarik untuk sebuah cerpen. Semasa kegemilangan Melaka dulu, GL sebagai mercu atau tanda bagi semua pedagangan laut untuk singgah ke pelabohan terkenal itu.
Semasa mendaki itu, Pak Lang tak bertemu tuan puteri, tetapi berpapasan dengan ISA.