Minggu, 01 November 2009

Pendapat Legatum

Di mana Malaysia? Sebuah rencana dalam MM minggu ini menyentuh tentang indeks kemakmuran negara di mata dunia. Nampaknya negara kita masih tersenarai dalam 50 buah negara yang mencapai tahap indek negara termakmur. Benarkah negara kita makmur?
Ada sembilan faktor utama yang dinilai oleh sebuah badan pemikir antarabangsa, iaitu Kumpulan Legatum untuk sesebuah negara mencapai tahap negara termakmur. Antaranya ialah faktor asas ekonomi, inovasi keusahwanan, institusi demokrasi, pelajaran, kesihatan, keselamatan, pentadbiran, kebebasan peribadi dan kehidupan kemasyarakatan.
Tahun lepas Malaysia berada di tangga 29, kini terus turun ke tangga 39. Singapura sendiri berada di tangga 23. Indonesia tidak tersenarai dalam 50 negara termakmur ini. Hanya dua buah negara Islam yang berada di ranking 50 ini, iaitu Malaysia dan sebuah lagi ialah UAE yang berada dalam kedudukan 47.
Paling mendukacitakan kelompok terkebawah dalam indeks ini ialah negara-negara Islam seperti Zimbabwe yang menduduki tempat 104. Begitu juga negara-negara Sudan, Yamen dan Cameroon yang berada di tangga 100 ke bawah.
Negara-negara kecil di Eropah menguasai lima tangga teratas dengan Finland menduduki tempat pertama diikuti Switzerland, Sweden, Denmark dan Norway. Amerika sendiri berada di tangga 9.

4 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Makmurkah negara ini jika masih ada sentimen curiga-mencurigai antara satu sama lain (dalam konteks masyarakat majmuk seperti negara kita). Bukan setakat dalam konteks negara ini yang mempunyai berbilang-bilang kaum, tetapi sesama KITA sendiri masih bercakaran. Satu pihak mengatakan bahawa merekalah yang betul, satu pihak lagi mengatakan bahawalah merekalah yang paling betul! Dalam kelompok 50, mungkin masih boleh dianggap makmur, namun jika situasi "bobrok" yang berlaku sekarang ini tidak dapat ditangani dengan bijaksana, harus kita terkeluar daripada kelompok itu.

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Bolehkah kita terima ideks kemakmuran yang dibuat oleh mereka sendiri. Sedangkan negara yang dikata maju selalu menjajah dengan peperangan kepada negara lain, bila hancur negara yang diserang, tentulah negaranya dikatakan maju. Sepertiman Yahudi, negaranya aman tetapi membuat kacau di negara sempadannya. Orangnya senang, orang lain yang terseksa hidup akibat keganasnya. Renungkanlah.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md Nizar,
Kulit kemakmuran yang sering dicanangkan oleh negara lebih bersifat sementara. Kita khuatir bila-bila masa sahaja isu-isu kebebasan, keselamatan dan institusi demokrasi mencetuskan api keboborakan kiat yang sebenarnya.
Bila-bila masa sahaja..

Tuan Haji Tahir,
Kita harus punya kreteria kita sendiri. Seharusnya berdasarkan kaca mata Islam.
Untuk itupun rasanya negara kita...

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI yang amat saya hormati dan segani,
Saya telah membaca artikel dalam akhbar tentang hal ini. Ingin juga memberikan komentar dalam WITRA, tetapi tuan haji lebih proaktif. Tentang indeks kemakmuran ini, saya percaya bahawa dari segi ekonomi, memang negara kita makmur@mewah. Analoginya, peribahasa menyatakan di mana ada semut di situ ada gula. Namun, kemakmuran ini tidak diperoleh secara sama rata. Bangsa Melayu masih terlonta-lonta, menghuni kelompok yang terbawah dari segi pendapatan isi rumah. Siapa yang teratas? Memang kerajaan menyediakan pelbagai peluang untuk orang Melayu, namun sikap dan paradigma serta mentaliti bangsa Melayu (tidak semua) masih dibelenggu oleh pelbagai kekangan. Inilah yang harus ditangani dahulu oleh pemerintah, yang rata-ratanya Melayu. Tanpa kekuatan dalaman, peluang yang sebesar gunung pun akan kelihatan sekecil hama. Sebab itulah, pandangan daripada orang berpengalaman seperti tuan haji amat ditagih untuk memberikan kesedaran yang sewajarnya kepada bangsa, khususnya anak-anak muda, termasuklah diri saya sendiri. Saya percaya pengalaman dan kekuatan tulisan tuan haji dapat dikait untuk dijadikan mutiara kata. Mudah-mudahan bangsa Melayu akan bangkit untuk menjadi bangsa yang kaya dan makmur dalam semua segi. Berdoalah kita...