Selasa, 17 November 2009

Prinsip, 'La Tahzan'.

Prinsip adalah pedang di tangan seorang pahlawan. Hunuskanlah prinsip, bukan untuk menakut-nakutkan orang apalagi melukakan. Bukan juga membunuh.Pedang prinsip akan membuatkan kita lebih cekal bila berhadapan dengan musuh keraguan. Bukan sedikit pula yang membuang pedang kerana prinsip dikalahkan oleh rasa tidak percaya diri. Malah ada yang menjual prinsip yang telah dipegangnya selama ini.
Dalam La Tahzan, Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni mengumpamakan keteguhan pegangan prinsip seteguh Gunung Uhud. Untuk itu tidak perlulah berbai’ah sampai mempertaruhkan institusi perkahwinan. Bagi Dr ‘Aidh lagi, ‘Di antara ciri orang mukmin adalah berpegang teguh, pantang menyerah, tidak kenal mundur dan mempunyai keinginan yang kuat.’
‘Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya) tidak ragu-ragu lagi.’ (Al-Hujurat:15)

6 komentar:

Wan A. Rafar mengatakan...

Benar, orang yang berjaya biasanya orang teguh berpegang dengan prinsipnya. Sahabat-sahabat nabi,sebagai contoh adalah mereka yang berjaya kerana berpegang teguh dengan prinsip keimanannya.

Citra Delima mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Melihat Kesunyataan mengatakan...

Sdr., Wan A. Rafar,
Dalam politik orang yang melompat biasanya dikaitkan dengan ketiadaan prinsip. Ada kalanya orang yang ada prinsip pun perlu melompat parti.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Sepatutnya perkahwinan adalah suatu ikatan yang bebas daripada unsur-unsur seperti itu. Itulah akibatnya jika "pedang" yang seharusnya digunakan untuk menentang kebatilan dijadikan senjata untuk kepentingan diri sendiri. Jangan kita lupa, tajam pedang kerana pengasahnya.

... mengatakan...

Saya ada membeli buku La Tahzan karangan Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni. Bagus bukunya, walaupun saya sering kali gagal menghabisinya. Jika kita rajin membaca, sebenarnya buku motivasi karangan individu bukan Islam juga banyak yang sejalan dengan syariah. Saya baru membeli buku "Eat That Frog" karangan Brian Tracy dan "The Complete 101 Collection" buku baharu John Maxwell. Hebat isinya...Waiiahualam.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Saya sedang menekuni buku La Tahzan ini, walaupun sudah lama dibeli. Setakat yang saya sudah baca, memang hebat kandungan motivasinya yang berunsur keislaman. Ya, saya amat bersetuju dgn tuan haji ttg hal ini. Orang Islam menjadi kuat bukan kerana baiah yang terpesong daripada akidah dan ajaran agama, tetapi kekuatan diri dan rohani yg menentukannya. Kadangkala, saya melihat orang Islam/Melayu bersikap lebih sudu daripada kuah kerana sentiasa memegang prinsip yang tidak relevan, tetapi dalam masa yang sama menjadi malas berusaha, dan apabila kandas, orang lain yang salah....