Senin, 28 Desember 2009

Amiruddin Ali Hanafiah Kekal Ketua Satu PPJ

Dalam pemilihan kepimpinan Mesyuarat Agong Persatuan Penulis Johor (PPJ) kali ini lagi sekali Amiruddin Ali Hanafiah kekal sebagai Ketua Satu bagi penggal ketiga berturut-turut. Haji Khairi Haji Halimi pula kekal sebagai Ketua Dua. Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding. Setiausaha Masih Haji Rosli Bakir, Bendahari- Hamzah Rahman Soriat dan tujuh AJK yang terpilih adalah Ahmad Bahari, Kasim Tukiman, Shapiai Mohd. Ramli, Siti Hadijah Sunok, Ust.Ahmad Nawawi, Hjh. Asnani Lasiman dan Mohd. Taufek Mahmud.
Mesyaurat PPJ kali ke-32 ini berlangsung pada 27 Disember 2009 (Ahad) di Hotel Mayres, Kota Tinggi Johor. Dirasmikan oleh YB Datuk Haji Baderi bin Dasuki, ADUN Kawasan Panti, Kota Tinggi.
Sempena mesyuarat Agong kali ini juga telah dilancarkan sebuah antologi puisi ‘Suara Ledang’ yang mengandungi 72 sajak hasil karya 42 penulis Johor.

6 komentar:

adeputra mengatakan...

bro..kat mana Amiruddin Ali Hanafiah sekarang..saya ni kawan lama dia...mcm mana nk hubungi beliau..tq

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Tahniah untuk barisan kepimpinan PPJ yang berjaya mengekalkan kerusinya alam Pilihan Raya PPJ. Tahniah juga untuk Tuan Haji yang mendapat satu kerusi dalam barisan kepimpinan PPJ. Saya yakin dan percaya, PPJ yang diterajui oleh Cikgu Amiruddin Ali Hanafiah serta rakan-rakan penyair yang hebat mampu meletakkan PPJ sebagai persatuan penulis yang unggul di tanah air. Tahniah.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Adeputra,
Amiruddin sekarang mengajar di KL. Selalu juga balik Johor.

Md. Nizar,
Elok kalau Md. Nizar sama-sama berjuang dalam PPJ. Ini bukan parti politik, tak ada kepentingan punya. Semuanya kerana kecintaan kepada bahasa dan sastera.

Nazhatulshima Nolan mengatakan...

Salam Pak Lang,
Tahniah kepada semua yang berjaya terpilih! Hasrat ingin turutserta mesyuarat terpaksa diketepikan untuk menyelesaikan tugasan lain. Namun saya harap dapat turutserta program lain.

P/S: Adakah puisi saya turut diterbitkan dalam Suara Ledang? Bagaimana untuk dapatkan antologi puisi ini?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Nazhatulshima,
Puisi Nazhatulshima berjudul 'Hijrah Rima Kata' ada dalam antologi 'Suara Ledang'. Semua penulis akan dikirim dua naskah percuma oleh penyelenggaranya. Mungkin boleh dapatkan semasa pertemua PPJ Segamat nanti.

siti ainena mengatakan...

Tn, saya pelajar kewartawanan ipt di kuantan . Saya ada tugas mnemuramah seorang penulis di kawasan segamat...boleh sy dapatkan contact no encik amiruddin ni ??