Senin, 13 September 2010

Hari Raya dan Calar Peristiwa.

Biasanya setiap datangnya perayaan, banyaklah berlaku kemalangan jalan raya. Hingga kini pun kemalangan sentiasa meningkat. Pelbagai cara dan kempen dilakukan bagi mengurangkan kemalanagan, tetapi nampaknya masih belum berjaya. Sikap pemandu Malaysia nampaknya tidak pernah berubah. Seolah-olah kematian itu takdir yang perlu diterima sahaja, tanpa ada usaha untuk mengelakkannya.

Pada tahun ini Hari Raya Aidilfitri mencatat kisah sedih pembunuhan yang begitu trajis. Dato’ Susilawati seorang tokoh perniagaan terkenal bersama tiga lagi yang lain didapati mati dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke laut. Modus operandi seperti ini rupanya sudah beberapa kali dilakukan oleh seorang peguam yang bergelar Dato’ yang juga seorang ahli perniagaan terkenal di Selangor. Sebelum ini beberapa kehilangan ahli perniagaan dan jutawan dikaitkan dengan Dato’ seorang ini. Sudah tentulah dia mempunyai orang-orang suruhannya. Nampaknya demi wang dan kekayaan manusia sanggup buat apa saja, hatta membunuh.

Jelas di sini manusia sudah kehilangan perikemanusiaan dan pertimbangan akal dan moral. Sebelum ini setiap hari media kita mendedahkan ada saja pembuangan bayi. Pembunuhan kerana merompak, meragut, pergaduhan hingga meragut nyawa juga sudah seperti sesuatu yang lumrah. Apa sudah jadi dengan manusia. Nampaknya agama dan pendidikan tidak lagi mampu mengendali akhlak dan moral manusia. Jadilah kita binatang-binatang buas yang tidak dapat dikendali hatta oleh undang-undang dan peraturan.

Sesungguhnya hari raya kali ini tercalar oleh peristiwa-peristiwa sedih oleh perbuatan kita sendiri.

4 komentar:

NASSURY IBRAHIM mengatakan...

Sekarang dah terbalik. Orang jahat bukan kerana tak cukup makan, tetapi kerana tamak makan; Memang orang keciciran jahat, namun orang profesional lagi jahat.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Nassury,
Kejahatan orang profesional cukup terancang, hingga kadang-kadang di mahkamah pun mereka terlepas.

Citra Delima mengatakan...

Harap-harap kerana profesional nya, akan terjerat lehirnya di tali gantung sebagai pembalasan kekejaman nya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Citra,
Kita berharap agar mereka yang terlibat mendapat hukuman yang setimpal.