Rabu, 08 Desember 2010

Hujan Pagi

Hujan pagi ini seolah-olah membawa pengertiannya yang tersendiri. Biasanya hujan disember membawa banjir sekali. Hujan pagi biasanya membawa ke petang, membawa ke malam dan dinihari. Esok jalan-jalan dan halaman akan digenangi air. Harap-harap tidaklah begitu. Cuma setiap kali hujan pergerakan kita akan terhad. Hujan juga menulis puisi.

Hujan pagi ini membuat aku teringat anak-anak. Bagaimana mereka menempuh pagi berhujan ketika ke pejabat. Bagaimana hujan membasah hati mereka yang kering. Hujan kadang-kadang datang sebagai pelembut hati. Lebih-lebih lagi hujan pagi.

Hujan pagi ini adalah hujan aku menjamah mee hoon goreng isteri. Bersama teh kegemaranku. Dengan bancuhan istimewa susu coffe mate dan omega. Sambil makan kami sempat berbual tentang anak-anak yang jauh. Serta cucu comel Amsyar dan juga Fakhirah Syakira.

Hujan pagi adalah zikir alam tentang rahmat-Nya. Aku semakin mengerti tentang hijrah yang perlu dilalui oleh setiap ummah. Hijarahlah ke arah kebaikkan. Kita sentiasa ada peluang untuk mengubah diri. Hujan pagi ini menyatakan, ‘Rancanglah kehidupan kita. Insya-Allah kita akan beroleh kejayaan baik dunia dan juga akhirat.’

2 komentar:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi mengatakan...

Tuan Haji,
Salam kunjungan. Moga hijrah menjadi kita lebih baik daripada tahun yang lalu.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ibnu Ahmad,
Terima kasih atas kunjungan. Selamat menyambut Maal Hijrah. Mudah-mudahan ada keberkatan.