Selasa, 06 Desember 2011

Berilah Anak-anak Makanan yang Halal

Khutbah minggu ini di masjid Kampung Parit Besar, Batu Pahat ialah tentang anak sebagai amanah Allah kepada kita. Dalam khutbah tersebut memberi penekanan tentang pemakanan anak-anak semasa kecil.Berilah mereka makanan daripada pendapatan yang halal. Makanan haram bukan sahaja kerana makanan itu terdiri daripada benda-benda haram seperti daging haram khinzir, daging yang tidak disembelih tetapi juga bagaimana punca makanan itu diperolehi.
Jika dilihat situsi sekarang ini kenapa begitu banyak masalah yang dikaitkan dengan remaja Melayu. Mereka adalah hasil kesilapan ibu bapa. Sudah tentu salah satunya berpunca daripada punca makanan hasil daripada pendapatan haram seperti rasuah, tidak amanah dan penipuan. Memang orang Melayu begitu berhati-hati dengan benda atau maknan haram yang berpunca daripada khinzir atau babi, tetapi mereka lupa makanan halal yang mereka berikan kepada anak-anak jika didapati secara rasuah, riba’ , pecah amanah dan penipuan juga akan memberi kesan kepada perkembangan rohani anak-anak. Sebab itulah statistik jenayah dan salah laku moral sering dikaitkan dengan remaja Melayu. Padahal kita juga tahu orang-orang bukan Islam bukan mengira sangat tentang halal-haram pada makanan mereka. Tetapi sekurang-kurangnya mereka lebih jujur jika berkhidmat, menepati masa, bersungguh-sungguh dalam bekerja.

3 komentar:

Tetamu Istimewa mengatakan...

Salam ziarah Tuan, saya sangat kagum dengan penulisan Tuan. Saya selalu mengikuti perkembangan Tuan. Kumpulan puisi Keris Sebilah itu telah saya baca semasa saya menuntut di UPM. Dan kami dikehendaki menganalisis kumpulan puisi itu di bawah kendalian Dr. Lim Swee Tin. Hebat. Sudilah singgah ke blog saya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Mohd. Helmi,
Terima kasih kerana suni membaca fikiran saya yang tidak seberapa. Insya-Allah saya akan meluangkan waktu untuk berkunjung blok 'Tetamu Istemewa'.

Melihat Kesunyataan mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.