Kamis, 31 Desember 2009

Ada Ruang-ruang yang Belum Tersentuh.

Tahun ini bermula dengan harga gula naik 20 sen. Ini pertanda bahawa banyak barang akan naik harga. Jam satu malam tadi juga ada gerhana bulan. Mungkin tahun ini dikaitkan dengan sesuatu yang kurang menarik. Harap tidaklah begitu.

Anugerah ruang yang kita ada ialah garis yang akan menuju ke suatu titik. Kita membangun dengan perbandingan yang kadang-kadang membingungkan. Ketika seseorang membuat suatu garisan di atas meja, apakah yang kita perhatikan? Sudah tentu garisannya yang terbentuk. Sesudah itu, sudah tentu meja di mana garisan itu terbentuk. Sesudah itu…pernahkah kita peduli kepada tangan yang membuat garisan. Inilah ruang-ruang yang selalu kita terlepas pandang.

Begitulah bila memperkatakan tentang anugerah ruang yang diberikan kepada kita dalam bentuk tahun-tahun yang mendatang. Pernahkah kita berhenti barang sebentar dan bertanya kepada diri sendiri tentang ada ‘tangan’ yang mengatur kehidupan kita. Seperti siapakah yang mengatur kali yang mengalir?

Fikirkanlah sekecil-kecil perbuatan kita kadang-kadang implikasinya begitu besar. Sedarkah kita dengan hanya membersihkan halaman rumah di suatu petang, sebenarnya kita telah mengotorkan udara, mencemarkan sungai, mematikan pohon dan mencemaskan laut.

3 komentar:

Nur Fatiha Fadila mengatakan...

Assalammualaikum, cikgu.

Begitulah zalimnya manusia terhadap alam waima akibatnya kelak akan tertimpa kepada manusia itu sendiri. Sungguhpun mempunyai kesedaran tentang kesan buruk melakukan pencemaran, tetap ada yang tidak mempedulikannya. Semua gara-gara ingin mudah. Pihak berkuasa pula tidak terlalu mengawasi dengan ketat. Sekadar perlembagaan tanpa tindakan yang keras ...

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Selamat Tahun Baharu 2010. Tahniah puisi Tuan Haji tersiar dalam BH semalam. Teruskan berkarya kerana orang seperti Tuan Haji sentiasa membakar semangat orang muda seperti kami.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Wardah Munirah,
Penulis juga perlu sensetif terhadap perubahan alam sekitar. Kita perlu menulis tentang kesedaran alam sekitar ini dengan lebih tekun.

Md. Nizar,
Juga diucapkan selamat tahun baru. Terima kasih atas ucapn tahniah. Saya juga berharap agar Md. Nizar juga akan terus berkarya.