Minggu, 31 Januari 2010

40 Cerpen Terbaik Johor.

Perkembangan sastera di Johor dimeriahkan oleh pengiktirafan kerajaan Negeri Johor yang mengadakan Anugerah Sastera Darul Ta’zim setiap dua tahun sekali sejak 1996. Kini HSDT telah memasuki kali ke-7 dengan menumpukan kepada beberapa kategori penulisan seperti kumpulan puisi dan puisi eceran, kumpulan cerpen dan cerpen eceran, drama radio dan pentas, novel dewasa dan novel remaja dan juga esei kritikan.

Setelah tujuh kali HSDT diadakan kita dapati YWJ telah berjaya menerbitkan enam antologi hasil anugerah tersebut. Karya-karya yang menang telah terkumpul dalam antologi berikut:

1. Rel Waktu (1999)
2. Hujung Tanah, (2001)
3. Rimba Perkasihan, (2003)
4. Kasih itu Kesabaran, (2005)
5. Gapura Merdeka, (2007)
6. Kidung akarku, (2009)

Jumlah cerpen eceran setelah tujuh kali HSDT adalah sebanyak 40 buah, daripada 20 penulis seperti Zahrah Nawawi, Mohd. Kasim Mahmud, Mawar Shafie, Saadiah Haji Ibrahim, Aminah Mokhtar, Hasidah Disan, Anis (Amida Abdul Hamid), Anis Sabirin, Johan Jaafar, Shapiai Mohd. Ramly, Ruzaini Yahya, Rozninah Abd. Azib, Siti Aisah Murad, Hasidah Disan, Sharil Hasrin Sanin, Zulfazlan Jumrah, W.B. Rendra, Tiras R, Zaid Akhtar dan Serunai Fakir.

Memang tidak dinafikan Johor mempunyai sebilangan tokoh penulis dalam genre cerpen yang berjaya mewarnai jalur perkembangan sastera tanah air. Khadijah Hashim, Zahrah Nawawi, Anis dan Anis Sabirin adalah empat tokoh yang begitu sinonim dengan penulisan cerpen. Dr. Othman Putih(Allahyarham) pernah membariskan pengarang-pengarang Johor yang berjasa dalam jagat pencerpenan seperti Akhbar Muhammad Bakri, Kasmani Haji Arif, Abdullah Sidek, Jymy Asmara, Usman Awang, Adibah Amin, Rukiah Abu Bakar, Masod Haji Abd. Rahman, Nora, Asmaranda, Anis Sabirin, Kalam Murni, Anis, Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi, Salmah Mohsen, Zawiyah Mohd. Noh, A. Shukor Harun, Onn Abdul Rahman, Johan Jaafar, Sarah Rahim, Jumaanoh Abdul Bunga, Rogayah A. Hamid, Gunawan Mahmood, Hasidah Disan, Saadiah Haji Ibrahim, Mawar Shafie, Shapiai Mohd. Ramly, Md. Ishak Hj. Abd. Rahman, Siti Aisah Murad, Rajiee Hadi, Talib Samat, Maskiah Mashrom, Aman Shukor, Saiful Juraimi dan Rosninah Abd. Azib. Amida @Hamidah Haji AbdulHamid(1997) menambah lagi barisan penulis cerpen Johor seperti Habsah Hassan, Siti Muhawa Rahmat, Azmi Taib dan Amiruddin Ali Hanafiah.

Tidak dinafikan HSDT dapat melahirkan penulis-penulis baru seperti Mohd. Kasim Mahmud, Saharil Hasrin Sanin, Tiras R, Serunai fakir, W.B. Rendra, Saiffulizan Tahir, Aminah Mokhtar, Ruzaini Yahya, Zaid Akhtar dan Zulfazlan Jumrah.

Di samping itu dari semasa ke semasa lahir penulis muda yang menjanjikan masa depan seperti Syafiq Zulakifli, Zulkifli Khair, Md. Nizar Parman dan Eizda Amani.

6 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Rasa-rasanya esei tentang '40 Cerpen Terbaik Johor' ini panjang lagi huraiannya...
Terima kasih kerana menghasilkan sebuah esei @ kertas pembentangan yang bermutu dan bernilai untuk rujukan semua.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Esei ini petikan daripada makalah yang dibentangkan dalam seminar tempohari. Tak boleh dimasukkan semua.
Ada beberapa perkara yang saya perlu baiki dalam esei itu.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Ternyata negeri Johor memang tidak ketandusan penulis-penulis yang prolifik yang berjiwa dan berbakat besar. Diri ini mungkin sehalus debu untuk diletakkan sebaris dengan penulis-penulis yang lebih mapan. Apapun, terima kasih kerana mencatatkan nama saya dalam entri ini,

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md. Nizar,
Saya amat yakin tentang keupayaan Md. Nizar yang akan mewarnai kemeriahan sastera di Johor dan Malaysia khasnya.

SYAFIQ ZULAKIFLI mengatakan...

Tuan Haji,

Penghargaan juga daripada saya seorang penulis kecil di medan seni.

Salam dari bumi PTS

ideamenulis mengatakan...

Tn Hj, saya tidak pernah berjanji... ;-)