Minggu, 17 Januari 2010

Sumpah Atikah dalam Semanis Kurma

Ini bukan sumpah ibu Si Tanggang, bukan juga sumpah ibu Malin Kundang, tapi sumpah Atikah. Sumpah ini dilafazkan di kaca tv, sudah tentu di hadapan beribu-ribu penonton yang menyaksikannya.

Kenapa sampai begini? Menerusi siri 'Semanis Kurma' yang dihoskan oleh Ustazah Nur Bahiyah dan suaminya Ustaz Akashah di sebuah rangkaian tv baru-baru ini, saya begitu terharu dan terkedu apabila seorang Ibu bernama Atikah sampai membuat sumpahan melaknat anaknya yang disifatkannya sebagai menderhaka.

Kita begitu bersimpati kepada si ibu itu, yang selama ini berpisah dengan tiga anaknya, setelah bercerai dengan suaminya ketika dia dalam berpantang melahirkan anaknya yang ketiga. Selama 18 tahun dia berdoa kepada Allah agar dapat dipertemukan kembali dengan anak-anaknya kerana selepas itu dia tidak berpeluang langsung untuk menemui anak-anaknya yang di bawah jagaan bekas suaminya.

Kini anak sulung sudah berumur 22 tahun, barulah doanya diperkenankan Allah. Akhirnya dia dapat menemui anaknya yang sudah bekerja itu. Tetapi pertemuan itu membawa padah kepadanya pula. Hasrat untuk melepas rindu dan kasih kepada anaknya itu berubah menjadi tragedi apabila anaknya cuba memperkosa dirinya pula. Sebab itulah dia sudah pasrah dan menyerahkan nasib anaknya kepada Allah. Biarlah Allah membalas segala doanya itu. Dia sudah nekad untuk membuang anaknya dan bersumpah....(tak perlulah saya turunkan sepenuhnya bunyi sumpahan itu).

7 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

salam tn.hj yang dihormati. melihat senario kini, bimbang; bapa ditinggalkan di tepi jalan. ibu pula diperlakukan begitu.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rendra,
Bagaimanapun sebagai ibu fikirlah dahulu sebelum bersumpah. Berilah pada anak untuk bertaubat.

Citra Delima mengatakan...

Tuan Haji,
Semuanya ini adalah angkara mereka yang tidak beriman. Kalau kita sudah kuat beriman, berserahkan kepada Allah SWT sahaja, doa yang baik-baik, mudah-mudahan yang terbina ikatan yang baik antara anak dan ibu.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Si Tanggang akan terus wujud dalam masyarakat hari ini sampai bila-bila. Itu yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan? Mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah daripada terjebak dalam golongan manusia seperti itu. Amin.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Mungkinkah dunia sudah tua? Saya membaca entri ini dengan penuh kesedaran. Terima kasih.

MARSLI N.O mengatakan...

Tuan Haji: Elok jadi cerpen dengan nama watak dan temapt dikaburkan. Bisakan?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Citra,
Itulah yang terbaik. Empangan keimanan seorang ibu kadang-kadang pecah juga oleh sikap anak-anak.

Md. Nizar,
Pengajaran daripada kisah Si Tanggang itu seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap kehidupan kini.

Azhar Salleh,
Kisah Atiqah akan menjadi iktibar kepada kita semua.

Marsli. N.O.
Satu cadangan yang baik. Harus bermula dari mana ya? Sedang berfikir-fikir.