Senin, 01 Maret 2010

Papan Kemajuan


Mohd. Affandi Hassan pernah menghasilkan Cerpen Panjang (Cerpan) yang berjudul ‘Papan Kemajuan’ (Cerpan/cerpen ini pernah ditolak oleh jemaah hakim Peraduan Cerpen GAPENA pada tahun 80-an kerana dikatakan mempunyai unsur-unsur negetif.). Cerpen ini kemudiannya diterbitkan oleh Majalah Sarina (Mac 1984) dalam bentuk siri sisipan tambahan.

Mohd Affandi Hassan juga pernah menghasilkan novel satira ‘Aligupit’, sebenarnya secara sinis menyentuh tentang apa yang dikatakan ‘kemajuan’ yang kita nikmati setelah negara mencapai kemerdekaan. Berkat Ketua Parti yang bijak, semua orang kampung menjadi pandai dan luas pengetahuannya kerana ‘Papan Kemajuan’ itu memaparkan semua projek-projek kerajaan. Orang-orang kampung berasa megah, kerana merasa beruntung mendiami negara kaya di bawah pemimpin yang berani berbelanja besar untuk membina ‘Papan Kemajuan’ itu.

Orang yang paling tahu tentang papan kemajuan itu ialah Pak Leh. Sudah menjadi tabiatnya berpuluh-puluh tahun, sejak dia muda lagi untuk menjenguk memanjangkan lehernya melihat ‘Papan Kemajuan’ itu. Dia sanggup berlama-lama, berdiri di tengah panas atau hujan untuk memastikan dia melihat semua yang terlukis dan tertampal di papan itu. Biar dia tetap miskin, tetapi dengan melihat kemajuan di papan tanda itu semacam memberi kenikmatan kepadanya.

Hinggalah ‘Papan Kemajuan’ ditukar kepada papan yang baru berbentuk digital, yang moden. Perasmiannya dibuat secara besar-besaran oleh YB Menteri. Gambar-gambar di papan kemajuan akan sentiasa berubah dan bertukar setiap minit. Orang-orang kampung semakin kagum.

Inilah tanda kemajuan di negara kita, kata Menteri.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tuan Hjai Shapiai,
1. Menarik titipan tulisan kali ini, melalui penulisan kreatif membuat seseorang berfikir tapi kebanyakannya hanya rakyat biasa yang dipimpin berfikir...?
2. 'Papan Kemajuan' yang digemburkan kini tentang ekonomi tumbuh 4.5%...?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Kisah Pak Leh yang mewakili 'Orang Kampung' yang ingin bersama mengecap kemajuan, akhirnya dipaksa menjual tanah pusaka.
Tapi sebenarnya kita harus akui bahawa manusia Melayu ada yang telah maju.

Adnan M mengatakan...

Tuan,

Sayangnya sudah terlalu lama tidak tersua karya/kritikan ilmiah Mohd Affandi

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Pestabuku,
Masih tertunggu-tunggu karya beliau yang terbaru.