Jumat, 17 Desember 2010

Terus Berfikir

Ada blog dan fb yang memuatkan frasa begini: Allah tidak menyanyagi PAS kerana YB PAS berzina, ada anak luar nikah.Allah tidak menyayangi PAS kerana ada Ybnya yang tertangkap basah kerana khalwat. Begitu juga dengan menyatakan UMNO adalah parti rasuah kerana beberapa orang atau ramai yang terlibat dalam rasuah.
Membuat kesimpualan begini adalah sesuatu yang diluar budaya berfikir orang-orang Islam. Tentu kita tidak suka bila orang asing menyatakan begini: Islam agama yang menggalakkan keganasan, kerana ada orang Islam yang terlibat dalam beberapa siri pengeboman berani mati. Bila dihubungkan dengan kita di Malaysia pula, mungkin orang bukan Islam akan membuat kesimpulan begini: Melayu adalah Islam. Orang Melayu banyak buat perkara-perkara yang tidak baik seperti rasuah, buang anak, dadah, ragut,dan suka kahwin cerai.Oleh itu Islam adalah agama yang menggalakkan perkara yang tidak baik.
Sebenarnya yang tidak bagus adalah orang Islam, orang Melayu yang beragama Islam, bukan Islam itu sendiri. Islam ternyata sebuah agama kebenaran yang menggalakkan keamanan, perpaduan, keadilan dan satu cara hidup yang cukup sempurna. Hendak tahu tentang Islam rujuklah Al-Quran dan Sunnah(hadis), bukan merujuk penganutnya.
Begitulah dengan sesebuah pertubuhan politik. Sesebuah pertubuhan politik ada perlembagaan masing-masing. Kita boleh lihat dengan jelas apakah perjuangan dan pegangan sesebuah parti politik dengan melihat perlembagaannya.
Saya tidak ingin bias pada mana-mana parti politik, tetapi fikirkanlah. Berfikirlah sebelum kita menyokong mana-mana parti politik. Manakah yang benar-benar memperjuangkan Islam. Lihatlah perlembagaannya.
Berfikirlah.

5 komentar:

Azhar Salleh mengatakan...

AYAHANDA SHAPIAI,
Orang Jepun menzalimi orang Melayu dan orang Cina sewaktu pendudukan mereka dahulu. Orang Jepun membunuh orang yang tidak berdosa. Orang Jepun zalim dan tidak berperikemanusiaan. Adakah orang Jepun zalim? Ya, suatu kupasan ttg perlunya kita berfikir untuk terus mencari kebenaran.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Peperangan sudah tentu membawa bersamanya kezaliman. Hanya Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang memastikan dalam peperangan yang melibatkan Islam tidak diiringi dengan kezaliman. Sebab itu dalam peperangan tidak dibolehkan membunuh perempuan, anak-anak dan orang tua. Peperangan zaman ini sukar sekali untuk berlaku adil kerana peperangan kali ini bukan lagi untuk menegakkan syiar Islam.

MARSLI N.O mengatakan...

Salam Tuan haji Shapiai: Benarkah mereka berfikir? Atau memperalatkan kemalasan orang kita untuk berfkir dengan pelbagai hujah dan dakyah palsu?

MARSLI N.O

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Kemalasan berfikir orang kita satu hal. Ada pula yang berfikir tetapi kerana kurang membaca dan menuntut ilmu taraf pemikiran mereka mudah diekploitasi oleh orang-orang berkepentingan.

Comels mengatakan...

tuan,
saya setuju dengan kenyataan orang kita malas berfikir .malas juga membaca atau mencari ilmu. lalu semua hujah dan ulasan hanya berlandas nafsu dan lidah tanpa pertimbangan akal. sungguh kasihan melihat manusia yang `berkokok berdegar-degar ,ekor bergelumang tahi`..penatnya saya sebagai guru memasak fikiran anak muda supaya jangan malas berfikir.mungkin agak sedih dengan hasil sekarang tapi saya sentiasa berdoa dalam 5-6 tahun lagi akan ada anak murid saya yang merdeka jiwa raganya dan bebas berfikir tanpa ketakutan.