Selasa, 23 Agustus 2011

Harga Sebutir Batu Kecil

Seketul batu di pinggir jalan hanyalah seketul batu, tidak lebih dari itu. Sebutir batu yang tidak berharga. Mungkin kita yang berkenderaan atau berjalan kaki tidak akan terkesan dengan kehadirannya. Mungkin seketul batu tidak mampu untuk mengusir seekor anjing liar pun. Apa lagi membaling ke arah pohon yang berbuah ranum. Pohon tidak peduli, buah tidak gugur.
Begitulah, seketul batu kecil tiba-tiba terpelanting dan menghentam cermin kereta kita. Lalu cermin kehidupan kita meretak. Retak pada cermin itu semakin membesar dan mungkin keseluruhan cermin akan pecah berderai.
Cermin perlu diganti. Gara-gara seketul batul kecil kita terpaksa merujuk pada doktor cermin. Kosnya agak lumayan, RM660.
Pagi tadi seketul batu menyebabkan cermin kereta saya pecah. Kena ganti.

2 komentar:

MARSLI N.O mengatakan...

Tuan Haji: Kita semua sentiasa diuji. Besar atau kecil. Rasa saya, begitulah.

Selamat menyambut lebaran buat Tuan Haji seisi keluarga. Memohon dan memberi maaf atas segala.

MARSLI N.O

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Begitulah dalam berkarya, kadang-kadang kisah yang kecil boleh menjadi besar dan agung.

Terima kasih Marsli kerana selama ini turut memberikan buah fikir yang menarik.

Salam Aidil fitri. Maaf zahir Batin.